::Selamat Hari Raya:://Wednesday, October 08, 2008//6:29 AM
32 celcius... hari ni hari rabu. hari ni 8 sept 2008 bersamaan 8 syawal 1429H. wah... maknanya hari ni hari rabu last utk saya berada di Malaysia bagi tahun 2008 la kn? ehe...
so, dah masuk hari ke 8 raya. ada yang masih beraya ke? uhuh.. semua pun dah bz balik. student2 U dah masuk U balik. pekerja dah start masuk pejabat balik. student Maroc pun dgr2 cam dah start kuliah. (ish2.. xbest betul la. tgu la saya sampai dulu baru start kuliah..) ehe.. so, saya watpe sekarang ni? uhuh.. cam biasa la, masuk kelas balik. -ni baru balik kelas bahasa arab. tadi lepas kelas singgah ramai2 kat rumah aunty sal. kira makan2 utk kawan2 la. mee kari. sedap~ -esok x de kelas, nak g raya rumah makcik yasmeen & g IKEA (mmg umpan mak kali ni mengena la). kui2.. -jumaat, g kelas bahasa arab. (kehadiran saya last utk tahun ni). pastu g beli brg kot. saje nak tambah stok. -sabtu, g umah adah. "fie sorang je kawan adah yang x dtg umah adah lg". ehe... sori2, fie baru balik dari kampung la.. -ahad, x tau lg nak wat ape. duk umah je kot.. pack brg nak balik maroc. x pun, nnt mak abah ajak keluar g mkn. -isnin, abah cuti. so, aktiviti lebih kurang sama cam ahad la kot. -selasa, 12 a.m keluar rumah, bertolak ke KLIA. 3.30 pg, flight balik ke Maroc.. wawawa... tu la sedikit sebanyak mengenai hari-hari terakhir saya di Malaysia utk tahun 2008.
hah, dah masuk bulan syawal ni, semua org sibuk beraya. biasa la tu kn.. lg2 kalau mereka yang berada di Malaysia. raya yang sepatutnya disambut sehari tu, dah jadi sebulan. bak kata org, selagi x habis kuih raya kat umah, selagi tu la raya. haha.. (pepandai je fie ni ek). so, saya pun cam tiba2 rajin nak bercerita pasal raya. ehe.. untuk post kali ni, saya cerita pasal sehari sblm raya & raya pertama.
30 sept 2008 a.k.a 30 ramadan 1429H hah, biasanya hari last puasa ni kami sekeluarga (x termasuk abah sbb abah x cuti) akan ke rumah nenek kat Kampung Raja Uda, Port Klang. tujuannya? tolong atok & nenek masak rendang & ketupat. so, saya, mak, kakna & kaksue gi la umah nenek. dlm pkol 11 pg sampai umah nenek. sampai2 je, ada bau rendang. uiks.. dah start masak ke? biasanya atok masak rendang malam raya. siang buat ketupat & potong2 je. rupa2nya, tahun ni atok tukar plan. dah masak rendang 2 hari sebelum raya. ketupat lak, x buat sendiri dah. nenek tempah kat kawan nenek je. ehe.. kira masa kami dtg tu, dah x de apa la nak buat. borak2 jap ngan nenek & mak usu. pastu kami pun minta diri. ehe.. kaksu nak cari baju raya. dia x cukup lg sepasang.
so, tempat first dituju, giant shah alam. kakna kata kat situ byk baju raya. (aritu dah g tesco shah alam, so kali ni x g dah la). pusing2 giant, x jumpa lak baju yang berkenan. second... shah alam mall. aritu saya penah pusing2 ngan mak kat shah alam mall ni. byk gak baju raya. tapi bila datang kali ni, dah x byk lak. byk yg dah habis la kot. so, x de yg berkenan di hati. last.. PKNS. ehe.. kat sini mmg sah2 la berlambak2 baju raya. pengunjungnya pun berlambak2 gak. wawawa.. sesak! seb baik bukan saya yang nak pilih baju raya. ehe.. kalau saya, memang dah x de mood dah la. so, last2 jumpa la baju yang kaksu berkenan...
hah, nama pun hari last puasa kan.. biasanya para ibu akan menyediakan ketupat @ nasi impit, kuah kacang dan sebagainya. (x tau la sediakan apa coz saya x penah alami pengalaman tu) kat umah saya sempoi je biasanya. cam sarapan hari biasa gak. so, mak pun cam teringin la nak masak2 coz byk masa. (biasanya x de masa nak masak kat umah coz g tlg masak kat umah nenek). so, fikir punya fikir, last2 mak pun cam x tau nak masak camne. ye la, dah nak pukul 2 ptg pun masa tu. sah2 la semua2 brg dah x jual kat pasar. last2 kami pun sepakat. "camni2 mak x yah la ssh2 nak masak. buka puasa ni kite beli kat mcD je. ok gak tu. esok pg mkn cereal je la." ehe.. so, terlaksana la kata2 tu. uhuh.. tambah satu lg menu utk pagi raya. kakna masak spaghetti carbonara. best2..
1 oktober 2008 a.k.a 1 syawal 1429H cam biasa, pagi2 raya, sarapan dulu. pastu g solat raya. balik drpd solat raya, siap2 semua. abah sempoi je. t-shirt yang saya beli kat maroc thn lps. x yah ssh2 nak pakai baju melayu. abah x minat. ehe.. pastu mula la sesi bersalaman kami sekeluarga. ehe.. ikut protokol! first mak salam abah, pastu kakna, kakfie & last sekali kaksue. dah siap2 semua, kami ke rumah nenek. memang setiap kali raya pertama, rumah saya x de orang. sampai2 je rumah nenek, kena g makan dulu. borak2 pe semua. lepas tu semua berkumpul kat ruang tamu. ehe.. sesi bersalaman family atok lak. hah, kali ni ada family abah & family pak ngah je. adik beradik yang lain semua balik rumah mertua. sikit je la kali ni. x de kanak2 pun. semua dah besar2 da. ehe.. so, cam biasa, ikut protokol! uhuh... start drpd atok, nenek, abah, mak, pak ngah, mak ngah, mak usu, kakna, kakfie, aizat, kaksu & last sekali afiq. ehe.. pendek je kali ni.
giliran anak menantu..
tiba giliran cucu2.. dapat sampul raya.. =D
habis sesi bersalaman, tiba sesi bergambar kenangan lak. memang rutin raya kami la tu. first sekali mesti bergambar adik beradik abah, pastu cucu2 atok. uhuh.. best2. kalau semua family ada, sure lg meriah. berderet2 je kanak2.
mak ngah, pak ngah, mak usu, nenek, atok, abah, mak
lepas bergambar, semua2 pun keluar rumah. ha.. rumah atok pun memang kosong la utk raya pertama. dulu2, ramai budak2 datang raya hari pertama. cam biasa, dialog yang dah selalu keluar.. "datang masa raya ke 3 nnt la ye. kami nak keluar ni". uhuh.. memang kosong je rumah atok.
selipar yang ada di pagi raya. sempoi je.. uhuh.. sape pandai teka selipar saya yang mana?
biasanya kami akan ke kajang coz adik beradik nenek majoriti kat sana. tapi raya kali ni atok nak ke bentong lak. ziarah kakak atok & anak buah atok. ehe.. ikut je la.
dalam perjalanan..
pegi satu kereta je pun. masa kat rumah mak lang ana, ada hidang nasi impit, kuah kacang & ayam masak merah kot. uhuh.. sedap2. tapi ayam tu pedas lak. uhuh.. x tahan sgt pedasnya tu. habis saya & mak usu kerjakan kuih raya. coklat chip. sedap! sampai kosong balang tu. ngueh2..
separuh yang akhir...
hah, meh nak bagi petua utk pilih kuih raya sedap. kuih sedap2 ni biasanya ada kat rumah orang yang ada anak kecik2. sbbnya? homemade.. bkn kuih tunjuk. uhuh.. bkn nak kata kuih yang beli tu x sedap, tapi cam biasa la kan.. buat sendiri for sure la lebih sedap. biasanya ibu yang ada anak kecik je rajin buat kuih. bila anak dah besar2, dah x berapa nak rajin dah. sbbnya? budak2 kan suka makan kuih raya... uhuh..
Read or Post a Comment
<< Home