::kelas2 pengajian summer 2008 di malaysia:://Saturday, August 16, 2008//11:07 PM
25 celcius.. baru lepas solat subuh. ehe.. teringin nak menaip lak pagi2 ni. so, post kali ni berkaitan kelas2 pengajian yang saya ikuti sepanjang percutian saya di malaysia pada musim panas 2008. ehe.. cam biasa la kn, time2 cuti 3 bulan ni, for sure la saya teringin sangat2 nak kerja, cari pengalaman. tapi hajat saya terpaksa diketepikan. bila fikir2, betul gak. kena muhasabah diri balik sebenarnya sbb bila mak tanya.. "nanti dah habis belajar, kakfie nak kerja apa?" uhuh.. pe ek? x terfikir pun lagi. yang pasti, saya x ada kepakaran dalam mengajar. maybe sbb tu la saya kena tolak ketepi dulu keinginan untuk bekerja. lgpun, x de kerja yang betul2 kena dengan saya. "kalau nak kerja, kerja betul2, bukan sbb nak cari duit tapi utk cari pengalaman yg berkaitan kerja kakfie bila dah habis belajar nanti. kalau sbb nak cari duit, mak abah x bg" uhuh.. betul gak tu kn? so, last2 saya pun cam biasa la, ikut semua kelas pengajian yang mak masuk selama ni. penuh gak la jadual kami setiap pagi. isnin sampai sabtu. petang lak, kdg2 je ada.
::isnin:: biasanya hari ni ada 2 kelas pagi. start bulan 8 ni, ada pengajian petang lak. maybe x balik rumah la nanti. ehe.. tumpang rumah auntie sal kat shah alam. so, lebih kurang pukul 9 - 10 pagi pengajian utk perempuan sahaja kat surau as-sakeenah, seksyen U2, shah alam (lebih dikenali sbg TTDI JAYA). ustaz habin faisal mengajar kitab fiqh sunnah. best! ehe.. menarik la. buka minda kami mengenai mazhab2 lain. banyak la ilmu baru yang saya dapat. ye la, kalau saya nak baca sendiri, memang lmbt lg la nak dpt semua2 tu kn.. memang membuka minda la. paling best, bila ust buka peluang untuk bertanya itu ini. jawapannya lengkap dgn dalil pe semua. fuh.. kagum2. memang dalam la ilmu fiqh ust ni. tapi sekarang ni ust tangguhkan mengajar kitab fiqh sunnah tu, ust ajar kitab mau3izul mukminin karangan imam al-ghazali. maybe lps ni sambung balik fiqh sunnah tu. ~bila berilmu, x salah jika kita amalkan. tidak perlu taksub pada mana2 mazhab kerana kita semua menyembah tuhan yang satu, Allah. jom kita kaji balik... cara solat kita ikut mazhab mana? buka hati, lapangkan minda.
sempat lg berborak2 sblm ust start mengajar. ehe..
ust habin faisal..
lepas habis pengajian tu, terus ke masjid negeri selangor. for sure la semua orang tau kat mana kn? saya lupa la seksyen mana. hehe.. so, kat masjid ni belajar mengaji. talaqi la lebih kurangnya. sorang2 baca, ust semak. yang mengajarnya, ust mustafa mohd sidin, imam besar masjid negeri. ehe.. bz sokmo ust ni sejak jadi imam besar. selalu meeting x kira masa. kalau kena time tu ust meeting, x ada la kelas. oh ye, sebelum2 ni, ust ada masuk bab2 tajwid sikit tapi time tu saya x de la join coz kat maroc. pnah gak ust ni wat kelas qiraat.
ust mustafa..
::selasa:: hari selasa yang paling free. pagi2 x de kelas mana2 pun. petang je ada.3 - 4 petang, pengajian utk perempuan sahaja kat surau annaim, taman sri andalas. selasa minggu ke 2, ust jeffry isa. kitab muhimmah, banyak berkenaan wanita. menarik gak la. uhuh.. tapi segan coz saya sorang je yang masih belum dalam kategori makcik2. ehe.. x best2. selasa minggu ke 4 lak, ust rushdi alias. pengajian berkenaan akidah. best! cara ust terangkan memang agak mudah nak faham. x de la rasa berat sangat. yang paling penting, x mengantuk! ehe.. biasa la kn, petang2 camni mudah nak tersengguk. kui2..
ust jeffry isa
kitab lama & kitab baru
::rabu:: jadual hari rabu sama dengan hari jumaat. kelas bahasa arab al-quran. ada dua kelas. 8.30 - 9.30 pagi rabu & jumaat, perbualan bahasa arab. ust syafie ajar. ehe.. kalau 2 tahun lepas, ayatnya mudah2 je. sekarang ni dah makin expert dah. uhuh.. ada gak la istilah2 yang saya x tau. ust syafie dulu belajar kat syria, so memang best la penguasaan bahasa arab ust coz syria antara negara yang tidak terlalu teruk ammi nye. ehe.. kalau maroc, x yah ckp la kn.. darijahnya merosakkan fushah. majoriti org negara arab kata, bahasa arab kat maroc la paling teruk. uhuh... sakit gak la telinga ni mendengar coz saya student sana. tapi kena la terima hakikat kn.. memang teruk pun. ehe.. saya ni anti darijah. so, ssh sket la nak berkomunikasi ngan org2 maroc. kui2.
ust syafie tgh buka pintu kelas al-Furqan..
9.30 - 10.30 pagi rabu, kelas bahasa arab fushah. ust syafie ajar. uhuh.. boleh tahan gak la ketinggian bahasanya. ust bagi teks, lepas tu bariskan & bagi makna. susah gak petikan tu coz tahap jamiah punya. dlm 80% je kot yang saya boleh faham. lg 20%, kena minta bantuan ust gak. ehe... tahap penguasaan bahasa arab saya masih dlm tahap lemah lg la.. isk2..
9.30 - 10.30 pagi jumaat, kelas bahasa arab al-Quran. ust rushdi ajar. belajar terjemah al-quran secara harfiyah. sblm saya balik haritu, dah habis terjemah surah al-furqan. so, sekarang ni tgh dlm fatrah ulangan. kena terjemah surah al-furqan tu, tanpa tgk quran terjemahan. uhuh..
ust rushdi alias
::khamis:: lebih kurang pukul 9.00 pagi, mengaji kat masjid negeri. kali ni mengaji ramai2. 5 muka surat. mengaji ikut tariq jazari. dlm pukul 10 lbh, g dgr pengajian ust dasuki lak.
pengajian ust ahmad dasuki
::sabtu:: pkol 9.oo - 10.30 pagi, kelas tajwid kat surau annaim. menarik. saya suka kelas ni. sepatutnya ust nik bakri yg mengajar. tapi sekarang ni ust nik bakri g yaman kot. 2 bulan. so, ust rudhsi ganti jap. nanti kalau saya rajin, saya wat ringkasan pe yg diajar dlm blog ni k. ehe.. [kalau rajin la..]
baru lepas susun2 rehal.. x de org dtg lg..
ust rushdi sedang mengajar..
yg ni lak, suasana time kuliah maghrib kat surau annaim...
selesai semua. x tau la kot2 kalo ada yang tertinggal lagi. saya just cerita apa yang saya buat setiap hari je. kelas2 yang saya ikut. uhuh.. penuh dgn kelas je setiap pagi. so, x leh la bgn pg lambat2. x de harapan nak tidur2 lepas subuh coz kena g jog sblm g kelas. gbr g jog? uhuh.. nnt la kalo saya rajin nak wat post pasal tu.
Read or Post a Comment
<< Home