::Kursus Pengurusan Jenazah & Umrah:://Friday, March 28, 2008//5:52 PM
14 celcius.. terasa cam lama lak x update blog. ehe.. baru lepas makan megi. beli sebulan yg lepas kot. import daripada malaysia, harga lebih kurang 7dh. ingatkan sedap la kn.. tgk2 sama je rasa cam megi morocco. isk2.. rugi je duit. seb baik saya beli 1 je. kononnya nak support barangan malaysia la kn.. (kat mesia x penah lak nmpk megi ni) ehe.. x pe la.. x cuba, x tau rasa. btol x? oh ye, bagi penggemar megi, ada megi yg saya baru sedar kewujudannya kat maroc ni. ehe.. 'best noodles' import dari vietnam. jgn risau, ada cop halal. ehe.. sedap gak ni. tgh promosi rasanya. 2.90dh je. mengalahkan megi morocco yg x berapa nak sedap tu. kui2.. ~actually, stok maggi malaysia byk je lg. saje simpan takut teringin satu hari nanti. kui2..
hah, para pembaca blog sekalian. oleh kerana saya sekarang dalam fatrah "byk kerja yg ditangguh2", so blog ni pon x dpt la saya nak update selalu sgt. utamakan yg utama! (dah byk kerja baru nak ingat) oho.. ni baru betul2 teringat! nak g angkat pakaian kat sutoh jap.. ehe.. (tu pon nk type ek)
. . . . .
ok dah.. (cam tgh chat lak ek) ehe... berbalik ke tajuk asal...
::Kursus Pengurusan Jenazah & Umrah:: 23 Mac 2008 bersamaan 5 rabiul awal 1429H. Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Maghribi. anjuran Biro Rohani, Biro Pendidikan & Biro HELWI. "Perkasa Profesionalisme Mahasiswa"
so, dipendekkan cerita, ahad lepas ada program seperti maklumat di atas. semua warga PMMM dijemput hadir. tak lupa juga pegawai2 kedutaan. oh ye, penghargaan buat Duta kita kerana berbesar hati untuk memberi peluang kepada kami berprogram di rumahnya. ehe.. baik hati sungguh. terharu saya. program bermula seawal 9 pagi. actually, malam sblm program, adik2 semua turun Rabat. penuh la vJ & Vs. ehe.. syirot, adibah & salwani ajk masak. ditugaskan utk masak puding jagung & kuih cara berlauk. pukul 3 pg lg dah bangun utk masak. ehe.. tapi x sempat2 siap gak. ye la, bekas acuan kuih cara tu ada 1 je. jenuh gak la nak menunggu. so, dalam pukul 7 pg, tukar org lak. syirot kena g umah duta awal. suaidah, wajia & saya lak ganti. (saya tolong memeriahkan dapur je) ehe.. nak dipendekkan cerita, kami ber3 + sarah sampai plg lambat kat umah duta. org last daftar. ehe.. nasib baik sempat sarapan gak.
jam 9 pg, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis. oh ye, kali ni chip jd pengerusi majlis. kenapa akhowat yg jd ek? entah.. saya pon x faham. apapon, x salah kn? cuma agak janggal kot.
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
seterusnya, ucapan pengarah program diikuti dengan ucapan Duta Besar Malaysia ke Maghribi, TYT Othman bin Samin. last, taklimat program. 9.30 pg, start sesi penerangan Penurusan Jenazah (teori) oleh ust Ahmad Wifaq. masing2 telah disediakan panduan pengurusan jenazah dan telah diberi masa pendaftaran tadi. menarik penerangan ust Wifaq. betul gak apa kata ust. kdg2 benda yg mudah saje disusah2kan sampai semua org rasa susah & last2, sorang pon x nak buat. ehe.. so, tak perlu la kita jdkan sesuatu yg mudah tu, sukar. byk sgt cabang2nya. yg pasti, dapatkan & fahamkan betul2 isi penting setiap perkara. yg cabang2 tu hanya sekadar mempercantikkan ibadat. tak buat x pe, tapi kalau buat lg baik. ye x? =D yg pasti, utamakan yg utama.
lebih kurang jam 11.30 pg, praktikal pengurusan jenazah pula berlangsung. bagi lelaki, ust Wifaq. yg perempuan, kak suriati. hah, ni menarik gak. neway, first time la saya tengok cara2 menguruskan jenazah. start drpd meninggal, sampai tanam. eheh.. belajar cara2 mandi & kafan mayat. yg solat jenazah tu alhamdulillah, dah pernah tau. so, memang best la belajar. 2 ptg - 2.45 ptg. makan tengahari & solat zohor. lepas solat, rehat2 jap. borak2. penuh 2 bilik tingkat atas kat rumah duta dengan akhowat PMMM. ada yang sempat tidur rasanya. x lama lepas tu, dipanggil makan. ehe.. sedap2 belaka makanan. dgr2, makanan x cukup. fuh.. dasat betul penangan tukang masak hari tu ek. penat tapi berbaloi. =D
dalam pukul 3 ptg, berkumpul semula utk pembahagian kumpulan. actually, dah dipublish pon kat PMMMgroup pasal pembahagian kumpulan ni tapi ramai yang x ingat kumpulan mana. (termasuk saya la tu) ehe.. so, lepas pembahagian kumpulan, masing2 ke tempat yang ditetapkan bagi kumpulannya. kumpulan saya kat tingkat bawah, dalam bilik. oh ye, kali ni Pengurusan dan Praktikal Umrah (dalam kumpulan mengikut fasilitator). saya diamanahkan utk menerangkan sedikit sebanyak tentang perjalanan umrah.
kumpulan saya.. ehe.. dgr je la pe yg saya cerita ek! =D
erm.. kira boleh tahan gak la. ahli kumpulan memberi respon yang baik. saya bercakap x henti2. ehe.. penat lak. habis satu buku panduan tu saya baca. kui2..
buku panduan umrah & peta masjidil haram..
bila tamat buku, kami buat praktikal tawaf. =D alhamdulillah, x susah nak terangkan sebab masing2 dah pon tau sedikit sebanyak pasal perjalanan mengerjakan umrah. dah belajar masa form 4 kn.. =D ehe...
praktikal tawaf lak.. ehe.. tu model kaabah & hijir ismail..
lepas praktikal tawaf tu, kitorang borak2 je. cerita pasal pengalaman saya ke haramain. ~rindunya nak ke sana lagi. (harap2 satu hari nanti dapat jejakkan kaki ke sana.)
tepat2 jam 5 petang, saya menamatkan cerita saya. ehe.. g minum petang lak. lepas solat asar, ada ceramah maulidurrasul oleh Ust Ahmad Fathi. cara penyampaiannya lain sikit. apapon, menarik la. tukar sudut & gaya ceramah. best2.. walaupun agak penat, tapi secara keseluruhannya saya dapat gak la tangkap isi2 yg hendak disampaikan. ehe..
semasa ceramah maulidurrasul..
last, penyampaian hadiah dan sijil.
lepas solat maghrib, makan malam. asek makan je hari tu ek. ehe.. oh ye, ada harirah! sedap2.. favret saya tu.. x sangka dapat makan malam tu. tak lama lepas makan malam, masing2 beransur2 pulang. kenitra naik bas. mohamedia naik train. rabat? naik teksi la.. ehe.. ada gak yg stay rabat lg. esoknya baru balik. saya? naik teksi la.. kn saya dok rabat. ehe..
salam..aku nak cakap sikit..tapi lebih kepada kritikanlah..pd pndapat aku la xperlula diletak gmbar..bole je pon nak ltak gmbar..tp xyah la yg jarak dekat..terpulang la..just pandangan aku,tapi kalau tetap nak,xde paksaan..
salam.. eheh.. thanks tegur. kalau x tegur, x sedar la pulak letak gbr jarak dekat akan membuatkan org x sng hati. apepon, terima kasih atas teguran anda.
Read or Post a Comment
salam..aku nak cakap sikit..tapi lebih kepada kritikanlah..pd pndapat aku la xperlula diletak gmbar..bole je pon nak ltak gmbar..tp xyah la yg jarak dekat..terpulang la..just pandangan aku,tapi kalau tetap nak,xde paksaan..
salam.. eheh.. thanks tegur. kalau x tegur, x sedar la pulak letak gbr jarak dekat akan membuatkan org x sng hati. apepon, terima kasih atas teguran anda.