::Program Hari Malaysia:://Friday, February 22, 2008//9:03 PM
14 celcius.. Les Hibiscus, Groupe Yasmine, Mohammedia.. ~tgh x tau nak buat apa sebenarnya. ehe..
hari ni 22 feb, semalam 21 feb. hari ni jumaat, semalam khamis. hari ni Hari Malaysia, semalam Hari Malaysia. hari ni habis program hari malaysia, semalam mula hari malaysia. ehe.. pe tu Hari Malaysia? dak2 maroc jgn jwb! =P
21 Feb 2008.. seawal jam 8 pagi kami bergegas ke jamiah hassan thani, mohammedia. susun2 meja, angkat2 barang, susun2 barang, hias2 meja. fuh.. selesai. galeri dibuka. pameran bermula. =D
suasana sebelum bermulanya program. angkat2 brg utk pameran.
jam 10.30 pagi, kompang dipalu. para VIP diiring oleh paluan kompang & mereka yg terlibat sepanjang perjalanan masuk ke dalam dewan. oh ye, ada hantaran gak time tu. meriah sangat2 bunyi. cam pengantin dtg. ~cam rugi gak la x dpt nk saksikan acara ni coz tgh jaga pameran.
acara dewan bermula. ucapan2... ramai gak la yg bg ucapan. ehe.. saya tak tgk pon coz kena jaga pameran. ke dewan gak beberapa kali tapi tak tertarik utk stay sbb ramai org serbu pameran kot. kui2...
mr. pres sedang berucap. (bkn dia yg merasmikan program!) ehe..
ada pelbagai jenis pameran. first sekali, pameran pelancongan. diikuti oleh pameran kebudayaan, pameran pakaian, pameran makanan, pameran pendidikan & akhir sekali pameran sukan. masing2 dengan kreativiti tersendiri. ada yg guna pamplet, ada yang guna artikel, ada yang guna barangan yg diimport dari malaysia, macam2 la. yang pasti, semuanya hasil usaha pelajar dan pihak kedutaan tak lupa juga ust shusilil azam & siapa2 je la yg terlibat utk persiapan barang. ehe..
galeri pelancongan
galeri kebudayaan
galeri pakaian
galeri makanan
galeri pendidikan
galeri sukan
saya & ainaa jaga bahagian galeri kebudayaan. ingatkan tak ramai yang berminat ke galeri kami. (sng sikit camtu coz tak yah penat2 menerangkan itu ini). rupa2nya galeri kami plg kerap orang datang. ahaks.. so, nak x nak, kena la bercakap gak. aish.. saya ni bab2 buat kerja agak rajin la gak. tapi kalau bab2 bercakap ni, ssh la gak. ahah.. x pasal je terpaksa berckp gak sepanjang 2 hari ni. nasib baik la ainaa ni jenis yang banyak ckp. so, saya selamat gak la. kalau benda yang saya tak reti @ malas nak terangkan, saya minta ainaa yang terangkn je. itupon kalau dia tak ckp ngan org lain la time tu. nasib baik gak la tgh ramai pengunjung tu, chip & syirot datang. ahaks.. best2.. mmg sepadan betul la bila digandingkan dengan ainaa. so, pe jd ek? ehe.. mereka layan pengunjung, saya & suaidah ke dewan. kui2.. sori ek.. ehe.. sampai2 je dalam dewan, pakaian terakhir sedang diperagakan utk persembahan fesyen2 di malaysia. menarik! rugi lak tak tengok daripada awal. lepas tu, persembahan nasyid berlangsung. ehe.. ni best gak. sampai arab pon tepuk2 tgn gak la. kagum tgk nasyid dak2 mesia kot. kui2.. saya stay dalam dewan sampai habis nasyid.
peragaan pakaian bagi lelaki di Malaysia
nasyid.. 5 buah lagu rasanya. ehe.. mnarik2.
kembali ke galeri pameran. terasa penat melayan orang2 yang berkunjung sbb kena jawab soalan yang sama setiap kali ditanya. soalan yang sama. jawapan yang sama. rasa cam nak amik recorder je letak tepi. kui2.. tapi sepenat2 saya, penat lg ainaa. ehe.. kena tinggal ngan saya byk kali gak tu coz saya g melawat galeri org. kui2.. ala.. kalau saya dok kat galeri saya tu, saya senyap gak je. x de beza pon.. (ye la tu, alasan lebih) selain galeri pameran, ada gak jualan barang.
jualan biro ekonomi
jualan persendirian
jualan perwakilan
lepas zohor, tayangan video berkaitan pendidikan malaysia ditayangkan di mudarraj imam malik. boleh tahan gak la tapi saya tak tengok sangat. 5 minit je, lepas tu kembali ke tapak galeri. ehe.. kalau acara2 yang x menarik minat ni, saya lebih rela melayan karenah arab, jaga gerai. pameran berakhir jam 4 petang. selepas mengemas barang, kami ke padang utk menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan antara student malaysia & student morocco. adat bermain, ada yang menang, ada yang kalah. dak2 malaysia dah penat time tu. seharian sibuk ke hulu ke hilir. bila petang, kena belasah dengan arab maroc lak. ahah.. sabar je la ye. apapun, suka tengok perlawanan tadi coz dah lama tak tengok. best2.. =D
Malaysia vs Maghribi
skuad bola sepak PMMM beraksi.. =D
22 Feb 2008. hari ke-2 program hari malaysia. bermakna ia juga adalah hari terakhir. pameran sepatutnya bermula jam 9 pagi. kami keluar rumah jam 8.30 pg. kui2.. alhamdulillah, sempat menyediakan barang2 & menghias tapak pameran. pukul 9 lbh, duta datang round, tengok2 pameran.
saje bergambar sblm ramai org dtg tgk pameran. (ajaran sesat, pakai tudung saji kat kepala)
pukul 10 pagi, kami bertekad nak tutup pameran! ahah.. nasib la apa nak jadi pon, yang penting kami yang menjaga pameran ni nak tengok persembahan kebudayaan utk hari ni. ramai gak yg cam terkilan tak dapat tengok nasyid semalam. so, semua galeri ditutup time persembahan berlangsung. kui2.. so, secara tak langsung, mudarraj penuh la gak. ramai gak kena berdiri kat belakang. dah akhir2 tu, dak2 malaysia kena berdiri coz beralah dengan arab. ehe.. tunjuk sikit yg kita ni ihtiram tetamu. kui2..
persembahan kebudayaan berlangsung jam 10.30 pagi. bermula dengan tarian zapin oleh 4 orang ikhwah. (dak2 junior semua) ehe.. menarik2. rentak kaki sekata gak la. but tangan cam tak rancak sangat. apapun, best la tengok. =)
tarian zapin
-seterusnya, nasyid. 5 lagu kot. (lupa lak) tapi byk la lagu. ada nasyid arab, ada nasyid melayu diarabkan, ada 2 nasyid melayu. best2.. =D
nasyid..
-diikuti pula dengan persembahan zapin kali ke 2. ni zapin jenis lain lak kot... entah. tak faham sangat but gayanya lain sikit la daripada yang awal tadi. kreatif gak nmpk. saya minat time derang tepuk tangan sambil pusing2 tu. =) tapi satu la yang cam tak nampak sangat kezapinannya, tak perasan lak aksi ayam patuk. (ke saya yg tak tau ek?) ehe.. -lepas tu, dikir barat. ha.. rasanya ni yang paling happening kot. semangat dak2 mesia nak tengok. arab pon cam semangat gak. siap tepuk2 tgn lg. ahah.. best2..
dikir barat
-akhir sekali, silat. 6 orang. ada gerakan yang pernah saya belajar. ahah.. teringat lak zaman form 5 kat sambest dulu. tak sangka leh tengok gerakan tu lg. =) apapun, semua persembahan kebudayaan yang dipersembahkan hari ni memang best la. excited dak2 mesia nak tgk. kui2..
baru keluar dari mudarraj imam malik
frame2 yg bertuah utk dipamerkan. ehe..
suasana di tapak pameran
so, kembali ke tempat pameran. hari ni dah tak ramai yang bertanya tapi ramai sangat sangat sangat yang ingin mengambil gambar di pameran kami. wah... penat betul saya kena senyum. asek muka saya & ainaa je masuk camera tu. ahah..
ayok la.. dak2 arab pon dah terpengaruh dengan ajaran sesat kami. ahaks..
so, saya pon cam malas la. merayau2 kat galeri orang lain lak. best g kat galeri makanan coz hari ni ada sample dodol. boleh la kalau nak rasa dodol tu. =D dah nak akhir2 program, derang nak jual kuih lak. ha.. alang2, tak de kerja, baik saya tolong jual. ramai gak la yang beli walaupun harganya cam agak mahal. ahaks.. kuih raya. seketul sedirham. nmpk cam murah tapi sebenarnya mahal. ngueh2.. dak2 mesia ramai gak la yg beli tart nenas & coklat chip. dak2 arab ramai beli kuih bahulu. =D kaksue lak ada menjual kuih hari ni. yg paling laku, karipap. wah.. sampai saya pun x sempat nak rasa.
kuih muih jualan kaksue.
program berakhir jam 3.30 petang. kemas2 barang. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. ada gak saya beli barang sikit. teringin nak beli sesuatu sempena hari malaysia. lepas2 ni tak tau lg akan buat @ x. so, tak rugi kalau beli cenderamata utk diri sendiri. kui2.. ~t-shirt & key-chain.
sebelum pulang, kami bergambar beramai2. tapi tak semua coz ada yang dah balik awal.
bila lg leh kumpul ramai2 camni ek? (x semua ada dlm gbr)
berakhir sudah sebuah program besar utk pmmm sesi 2007/2008. menarik sangat. best! student malaysia masing2 memberikan komimen sepenuhnya. saling tolong menolong. rasa cam satu family lak. (family pmmm) ehe.. memang wujud susah payah utk persiapan program. ada yang penat, ada yang tensen, ada yang masam muka, ada yang geram, ada yang marah, ada yang tenang, ada yang tak tau apa2, mcm2 la.. tapi bila berlangsung je program tu, semua rasa negatif tu hilang. kembali bertungkus lumus bersama2. siapa lagi nak naikkan nama malaysia kalau bukan kita semua kn? siapa lagi nak jaga nama baik malaysia kalau bukan kita? siapa lagi nak tunjuk contoh baik kalau bukan student malaysia, betul x? so, saya cam terharu gak la dengan penglibatan semua ahli pmmm. menarik2. cam saya kata tadi, cam satu family. =D
main brg2 pameran jap. =D
sepanjang seminggu sebelum persiapan program, mcm2 gak la saya rasa. ada pernah sampai geram sangat2 dah. ahah.. mcm2 la fie ni. apapun, thanks byk2 kat orang yang banyak tolong saya, yang sanggup teman siapkan kerja, yang tolong hilangkan mengantuk saya time saya tengah mengantuk tapi kerja tak siap2 lg. ahaks.. jasa tu saya komfem tak dapat nak balas. so, kalau niat ikhlas, dpt la pahala. =D ~sure la niat ikhlas. kalau x, takkan sanggup nak tidur pukul 5 & 4 pagi semata2 utk tolong saya, ye x? =D
Read or Post a Comment
<< Home