::pindah rumah:://Friday, February 29, 2008//11:16 PM
12 celcius..
kembali dihadapan comp setelah merantau ke beberapa tempat hari ini. =D ~penat tapi best!
pagi tadi, rileks2 jap. fuh.. minggu sepanjang hari isnin sampai khamis saya & suaidah bergegas ke jamiah seawal 7.30 pagi. bajet nak jln 25 minit je, tapi tetap jd 30 minit. hurm.. kena biasakan jln laju balik la nmpknya. kualiti hayunan kaki perlu dipertingkatkan seperti sem2 yg lps. kalau dulu 20 minit boleh sampai jamiah, takkan sem ni x leh kot.. betul x? =D so, dipendekkan cerita, saya cam boring gak la dok rumah pg2. klass pukul 10 pg. jenuh gak la saya menunggu jam tu berputar. last2 sampai pon masanya utk g jamiah. sampai2 kat jamiah, kelas kosong. biasa la tu.. ingatkan ust x dtg. kami mmg dah plan nak tunggu ust 30 minit je. kui2.. coz ada tempat lain yg ingin dituju. sekali 10.20 pg, ust masuk. ehe.. bgs gak la. sekurang2nya penantian kami berbaloi. =D ada la dalam 10 org je student hari ni. madah lughah farsiyah. bahasa farsi. bahasa yg dituturkan oleh orang iran. erm.. actually, ust tu start ajar time sem 3 but saya tak ambil wehdah ni. so, masa sem 3 saya tak belajar madah ni. so, sem 4 ni sambungan utk sem 3 tu. ust pelik je tgk kami. "awak dirasat 3arabiyah ke?" ehe.. sure ust ingat kami dirasat islamiyah. (sekarang da x pakai sweater ke kelas.) lps tu ust tanya kenapa sem 3 dulu kami x de. hurm.. jenuh gak la nak terangkan kat ust. lama gak ust pertimbangkan masalah ni. samada nak bg kami masuk kelas dia @ x. (ye la.. ust dah ajar sem lps, kami x belajar.. nnt byk la yg tertinggal). last2, ust bg kami masuk kelas ni. siap cek nota yang kami dah salin tu lg. =D terharu lak saya dengan ust ni. habis je ust check buku saya & suaidah, ust bg dak2 lain balik. dia tak nak mengajar hari ni sbb x ramai orang.
tujuan? join akhowat mohammedia pindah rumah. tolong angkat2 barang. =D best gak. ada gak la pengalaman pindah rumah. hehe.. ssh gak la nak pindah rumah ni. lg2 kalau rumah yg byk brg. (dak2 vJ jgn berangan nak pindah ek!) oho.. penat2. nak dijadikan cerita, rumah dak2 mohamedia ni tingkat 3 (apartment). so, ssh sikit la nak angkat brg. kena turun naik tangga. seb baik rumah baru tu tingkat bwh je. =) x ssh sgt kot pindah tu coz ramai yg menolong angkat brg. lori pon cam penuh dah. yg baki brg x muat masuk dlm lori tu, kena bw naik teksi. ehe.. tadi tgh sibuk2 angkat barang, x teringat nak ambil gbr. dah releks sikit baru ambil gbr. =)
tangga tingkat 3.
hampir kosong..
dah penuh lak..
3 ketul laptop.
cabut langsir..
menyempat je bergbr ek. =P
ni sorang lg menyempat. (bukti berada di tempat kejadian) =D
destinasi berikut.. kasbah.. ke mana? ehe.. makan2. lapar sgt sebenarnya. dila lak teringin nak mkn mknn laut. erm.. pe lg, kami pon join la. byk gak la mkn td. boleh tahan gak. sedap. harga pon enak. ahaks.. saya lak pandai g order 2 menu. kui3.. pandai betul la.. last2, yg x habis tu kami tapau je. ehe..
jom masuk mkn.. =D
boleh tahan gak la menu
waiter yg amat prihatin.
makan! da lama betul teringin nak makan omelette cravette
destinasi susulan.. marjane mohammedia.. buat apa? x de apa pun. ehe.. just belikan ayam panggang utk akhowat mohammedia. =D org penat pindah rumah. sean lak nak kena masak mkn mlm. so, pe salahnya sekali sekala tlg ringankan beban orang.. ye x? hah, alang2 dah sampai marjane, menyempat gak la saya tarik2 brg. ahaks.. coklat la byk.. adush.. kuar duit biru lg. hurm.. x le jd fie nih. control fie.. control.. dalam masa saya & suaidah ke marjane, chip & dila ke kasbah. bhgn mana tah. wat pe? ehe.. ambil ahli baru vJ. hepi betul akhowat mohammedia dgn ahli baru vJ tu. semua orang teruja. siapa dia? tunggu post akan dtg. ahaks..
rumah baru akhowat mohammedia. jemput la melawat ye..=D
destinasi terakhir.. pulang ke rabat. fuh.. sampai gak rumah akhirnya.
eheh... hari ni 29 feb 08! ingatkn nak cipta apa2 sejarah hidup utk tarikh ni. tapi x dpt lak. x pe la.. sekurang2nya ada sesuatu yg baru hari ni. ye x? ahli vJ yg baru. kita sambut birthday dia setiap 4 tahun la ye. =P
Read or Post a Comment
<< Home