::bicara tinta menjadi saksi secebis kenangan:://Saturday, February 16, 2008//1:19 AM
13 celcius.. post ke 202. actually, pg tadi baru lps type post ke 201 but lom publish lg coz gbr belum ditransfer sepenuhnya. lupa la. ada yang tertinggal. byk sgt tempat saya save gbr dekpon. ehe..
::bicara tinta menjadi saksi secebis kenangan:: x de pe pon kat entry ni. just terasa ingin menaip. mengabadikan kenangan utk dibaca semula pada suatu hari yang tak pasti bila. tepat seminggu yang lepas, soalan yang tak disangka2 diajukan. terkejut? suka? benci? malas nak layan? gembira? hurm.. tak tau nak ckp apa. yang pasti, ia perlu ditimbang2. dihitung2 mana yang berat. difikir2 dgn akal yang waras. tak sempat seminggu, jawapan diberikan dan itu adalah muktamad. kenapa tak tunaikan janji? kata seminggu, tapi kenapa 2 hari je? erm.. maaf coz saya takut keputusan saya berubah. hati manusia itu sentiasa berbolak balik. ~ya muqallib alqulub. thabbit qulubana 3ala dinik wa to3atik.
::tidak semua kata-kata itu perlu dilafazkan:: semalam, berbicara dengan seorang sahabat. sahabat serumah, sebilik. berbicara? salah2. chatting la. bertanyakan pendapat mengenai sesuatu. saya tetapkan untuk membuat keputusan mengenai sesuatu itu setelah membaca pendapatnya. tapi cam biasa, soalan tetap berkias. ahah.. kalau dia dpt tangkap, dpt la. x dpt pon bgs gak. kui2.. apepon, pendapatnya itu membuka minda saya, meluaskan skop persoalan yang saya kaji, membuatkan saya bertekad. biarlah ia berlalu dengan masa. mungkin masa itu belum tiba. so, baik saya diam drpd berkata. takut jika berkata, ada yang terluka pada masa akan datang. tak adil kalau keputusan itu dibuat sekarang. biar hanya satu2nya hati ini mengerti apa yang dirasai. tipu la kalau saya kata "tak" sedangkan sebenarnya "ia". so, adalah lebih baik berdiam sekarang. mungkin satu masa nanti dpt saya suarakannya. mungkin juga bila tiba masanya, bukan di situ sepatutnya saya katakannya. walaupun kita mampu merancang masa hadapan, namun kita tetap tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang. so, kini tiba masanya utk saya berlaku adil. terkena pada diri sendiri juga sebenarnya. menolak pada awal namun terpaksa merelakan diri utk menolak demi menyusul keputusan muktamad itu. hurm.. x pe la. jika itu milik saya, saya akan dapat jua akhirnya. baki 2 tahun (insyaAllah) tak lama jika dimanfaatkan dengan betul. amat sekejap.
"mengapa perlu mengejar fantasi sedangkan realiti tak seindah yang diimpi. bukankah tunduk ke bumi itu lebih mulia berbanding mendongak ke langit mengharap titis hujan? naluri itu bermonolog sendirian. mendungkah ia atau hujan yang tak pasti?"
jangka masa itu saya kira perlu ditamatkan. berhenti pada satu titik. tinggalkan ia di situ agar dapat melihat alam yang lebih luas. tiada guna menunggu turunnya hujan sedangkan embun tidak jemu berbakti di pagi hari. bukankah kedua2nya tergolong pada kategori air mutlak? semoga diri tidak terpedaya dengan cuaca mendung kerana hujan itu tidak pasti bila akan turun. jangan kerana mendongak memandang langit, semalu di bumi dianggap rumput. benar, hujan itulah yang dapat membasahi bumi namun, berpijaklah pada dunia yang nyata. tidak guna mengejar fantasi, meninggalkan realiti. fantasi itu hanya khayalan. jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran! ~puas sudah kerana berjaya menulis apa yang terbuku di hati.
Read or Post a Comment
<< Home