::sekitar tahun baru:://Monday, December 31, 2007//11:03 PM
16 celcius.. hanya berbaki kurang sejam sebelum memasuki tahun 2008. rasa skejap sangat masa berlalu. bila dah akhir tahun ni, rasa banyak sangat benda dah berlalu. terasa gak ada benda yang belum dilaksanakan. macam2 la. yang pasti, masa yang dihabiskan sepanjang 2007 perlu dimuhasabah semula. bermanfaatkah? berbaloikah? semestinya ada yang perlu diperbaiki.
::sekitar tahun baru:: siang tadi, ke bandar memenuhi jemputan rakan arab vJ. berkali2 dia menelefon salah seorang drpd kami semalam semata-mata untuk mengajak kami ke rumahnya. bila kami kata kami nak datang ramai2, katanya.. "saya segan, rumah saya kecil je". pagi tadi, kami berkira2 untuk pergi ber7 ~vJ. apakan daya, ada yang terpaksa menarik diri atas sebab urusan yg lebih penting. so, kami pergi ber5. destinasi kami, bandar Rabat. kali ini, kami ke rumah hafsah. jauh juga berjalan. lorong demi lorong kami redahi. rupa2nya rumah hafsah terletak di akhir suwaiqa. (selalu sangat kami ke sini) masa mula2 masuk, saya terkejut. pengalaman pertama buat saya. sayu hati melihat keadaan rumah. hanya ada sebuah bilik, tandas dan dapur. tiada ruang tamu, tiada bilik air. keluasan rumahnya mungkin hanya sebesar bilik study vJ.
setibanya kami di rumah itu, kami disambut oleh ibu, adik2nya dan anak buahnya yang berumur setahun. sebuah kehidupan yang cukup sederhana namun kesedihan tidak terpampang diwajah mereka. ceria sentiasa. mungkin kerana kehadiran kami membuatkan mereka rasa berbesar hati. gembira mendapat tetamu. sesi taaruf bermula. banyak perkara yang dibualkan. saya agak keletihan ketika itu. (semalam tidur lmbt). ehe.. seperti biasa, tertidur.. (tidur sokmo fie ni) lama juga saya melelapkan mata. sedar2 je, dah nak makan tghari. kami dihidangkan kuskus.
kuskus bil khudhor..
oh ye, adik beradik hafsah ada 4 org. seorang kakak, adik perempuan berumur 19, dan adik perempuan yg baru melangkah ke sekola rendah. ibtisam namanya. bertepatan dengan namanya, ibtisam kerap tersenyum. sejuk hati memandang. =) kami kembali berborak. pelbagai persoalan kami tujukan. sifat inkuiri dihati perlu diluahkan. mujur mereka senang menjawab walaupun adakalanya persoalan itu agak sensitif. ehe.. (tak perasan lak tersentuh perkara2 sensitif). lumrah wanita, gemar bercerita. mudah menerangkan sesuatu perkara. kata mak hafsah, mereka tidak makan daging. (di maroc, harga 1 kg daging lebih kurang 60 dirham, lebih kurang rm30). masakan hari ini (kuskus bil khudhor, ada daging sikit) adalah sebab kehadiran kami. hafsah beria nak jamu kami makan. terharu saya. adik beradik ini semuanya bekerja, kecuali ibtisam. kesusahan hidup membuatkan mereka terpaksa mencari belanja sendiri. penceraian menyebabkan tiada kaum lelaki di dalam rumah itu, walaupun pada hakikatnya mak, kakak dan adiknya telah berkahwin. (teruk betul suami mereka!) mengharungi hidup tanpa kaum adam (ada gak la sebenarnya, anak zainab, umur setahun -fadhil). saat berborak dengan zainab (kami berdua je masa tu), saya bertanya macam2. ehe.. kalau tak tanya, rasa tak best lak buat andaian sendiri. soalan plg direct, "awak tinggal kat mana?" "kat sini, dengan mak, anak & adik beradik saya" "oo.. suami awak pon tinggal kat sini ek?" (sebenarnya nak tanya psl status perkahwinan dia. "tak la. suami saya dah tinggalkan saya" (dia guna perkataan "kholli" = tinggalkan. saya lak lampi time tu) "kholli? saya awak tinggal kat rumah dengan family awak sendiri." "naam, kholli. dia tinggalkan kami sebab katanya 'masarif' utk jaga anak tinggi. dia tak mampu" (sudah.. x phm lg. "masarif" tu pe ek? tak sempat nak amik masa utk fikir sebenarnya) "masarif?" (ehe.. saya buat muka tak faham. meminta penjelasan) "masarif.. ya3ni nuqud.." "owh.. (duit rupanya.) semata2 sebab x de duit?" ( sekali saya terlepas soalan lak. aish fie ni..) "haah. dia tinggalkan kami masa fadhill umur 5 bulan. lps tu saya duduk rumah ni dengan mak saya." saya terdiam. sedihnya kisah hidup. tak bertanggungjawab langsung suami dia. bila susah, tinggalkan lak. ish2.. teruk2. ~saya dlm proses memahami darijah. (tu la cam lampi sket) kui2.. padahal bahasa arab pon kelam kabut sebenarnya. ehe..
fadhil kepenatan.
sedang berborak2, mak hafsah tanya. "awak makan 'musamman' x?" uish.. pe tu? rasa cam pernah dgr, tapi lupa. "raif" oo.. tau2. ehe.. (antara mknn favret saya) so, mak dia pon buat utk kami. lama betul mak dia kat dapur. oh ye, katanya orang arab ni, selagi belum cukup 3 kali waktu makan, mereka akan berusaha utk menjamu tetamu. waktu asar. solat. selesai solat, kami vJ berbual sesama kami. masing2 dengan pandangan masing2. apapun, kami sependapat. sayu hati melihat keluarga ini. walaupun agak ssh, tetap nak raikan tetamu. ada gak beberapa gbr kami ambil lepas tu. sekadar ingin mengabdikan kenangan bersama. sayangnya, gbr hafsah & kakak dia tak ada.
mak hafsah tgh masak raif
zainab bersama anaknya -fadhil
bersama fadhil & ibtisam
minum petang.. raif & qohwah
tepat jam 6.20 petang, kami ingin beransur. terkejut emaknya. "eh.. kenapa tak nak tidur sini?" bukan kami tak sudi, tapi antara kami ada yang kena hadiri mesyuarat. pergi ber5, balik ber5. (curi ayat org jap). "x pe la. kami selalu gak dtg sweqa. nnt lain masa, kami singgah lg" berat hati mak hafsah ingin melepaskan kami pergi. mujur ingin mengejar waktu solat maghrib. oh ya, rumah mereka terlalu kecil sehinggakan ruang utk solat hampir2 tiada. (kalau muat pon, sorang je kot). alhamdulillah, lokasinya berhampiran masjid. setiap waktu ke masjid utk solat. =) semasa minum petang tadi, sengaja kami tidak menghabiskan mknn (vJ biasanya mkn apa2 pon licin) sebab tak sedap hati bila tengok mereka makan sikit. nak mengutamakan kami. so, kami pon tinggalkan 3 keping raif. "makan2. ada lg kat dapur tu" kata mak hafsah. "eh.. x pe la. zainab x mkn lg. makcik & hafsah pon mkn sikit je td" (mmg sikit pon, beberapa cubit je dia mkn) lega hati bila emaknya tidak mendesak utk kami menghabiskan mknn. ketika sedang bersalaman (nak balik dah time ni. actually, bkn salam pon, adat org sini, cium pp kiri kanan), mak hafsah masukkn semua raif dlm plastik. raif kat dapur pon dia amik gak. tinggal satu je atas meja. (waa.. ne aci camtu. kami da mkn byk da tadi). mak hafsah suruh bw balik. isk.. nak tolak, takut mereka ingat kami tak sudi. nak ambil, rasa kesian. dsbbkan mak dia terlalu beria, kami pon ambil la.. (orang buat baik, kita kena raikan). "maaflah. x de plastik lawa. plastik biasa je" "eheh.. xpe2. kami x kesah pon." tak sangka lak mak dia suruh gak hafsah beli plastik. isk2.. terharu betul kami. (benda remeh je pon, tetap mereka ambil peduli. padahal kami faham je keadaan mereka)
perkara yang paling membuatkan saya terharu, hafsah beria nak hantar kami balik. padahal kami mmg dah biasa balik rumah drpd bandar. insyaAllah selamat sampai. tapi dia nak gak hantar. ingatkn sampai busstop kat bandar je, rupanya sampai area rumah kami. dia naik bas bersama kami. dah la masa pergi tadi dia bayarkan, masa pulang pon dia nak bayarka tambang gak. aish.. x leh jd nih. baik dia simpan duit dia utk tambang ke jamiah. kami menolak duitnya. dia beria nak bayar. last2, kami dapat bayar. hehe.. tiba2 dia merajuk. aiseyh.. arab ni, kalau dia dah beria, sepatutnya tak tolak tawaran dia sbb nnt dia akan terasa hati. mujur nisah yg duduk sebelah dia. pandai gak nisah pujuk. (actually, nisah pon buat2 merajuk gak lps x dpt pujuk dia). hehe.. sampai di busstop area rumah kami, kami teman dia pula. (hidup kena ada give & take, win win situation. adil) lepas dia naik bas, baru kami ber5 berjln pulang. alhamdulillah, tak lewat. kiranya sempat la mereka menghadiri mesyuarat tepat pada masanya. =D
oh ye, sepanjang perjlnn drpd sweqa ke busstop di bandar, saya dpt saksikan persiapan utk menyambut tahun baru. kek dijual merata2 tempat. banyak sangat. murah kot. ramai yang beli. orang pon ramai kat bandar. tapi saya tak sempat lak nak saksikan kesemuanya sbb tgh nak kejar bas. takut terlepas. timbul persoalan di hati. "orang sini sambut new year gak ke ek?" "apa khabar malaysia dengan sambutan thn baru yg sememangnya pada setiap tahun, ada je cerita x best utk didgr" "rasa cam ramai semacam je org mlm ni kat bandar" "camne mereka sambut new year ek?" ~persoalan yg tiada jawapan.. (ada sebenarnya, x jumpa je lg)
Read or Post a Comment
<< Home