::muroqobah nihaie riwayah:://Tuesday, December 18, 2007//9:25 PM
18 celcius... baru lepas menyelesaikan kerja2 dapur. fuh.. penat gak la. ehe.. minggu lepas ada orang baik hati tolong masak. minggu sebelum tu masak pe tah. erm.. semenjak balik drpd cuti aritu, mood nak memasak dah x de lak. ilang mane tah. tertinggal kat malaysia kot. erm.. lepas habis masak tadi, angkat la periuk tu. kat sebelah periuk ada cerek. saya tengah masak air. hampir menggelegak la air tu. tak perasan lak pemegang periuk tu kena cerek drpd awal2 lg. so, dipendekkan cerita, jari kelingking saya melecur. isk2.. sabo je la. ~kdg2 bila ditimpa kesakitan, kita lupa yg kita sedang marah. Alhamdulillah..
pagi tadi, Abdullah (org arab yg kami upah utk baiki sakhonah) datang rumah. nak pasang sakhonah rumah ni. ehe.. dapat gak air panas. 2 minggu gak la kami bersejuk2 time berwudhuk dan mandi (bagi sesiapa yg mls nk masak air). dah la tengah musim sejuk, terpaksa tahan kesejukan air maroc. kui2.. sekali sekala, apa salahnya. jimat gas. ehe.. kebetulan lak, tong gas rumah ni tinggal 1 je yg berisi. lagi 2 dah kosong (gara2 tak berkesempatan menukar tong gas baru). so, memang kami agak tak kisah la dengan kekosongan tong gas tu sbb sakhonah rosak. dipendekkan cerita, Abdullah baiki la sakhonah rumah ni (tukar baru). lepas tu macam2 la kami minta tlg dia buat. betulkn itu, betulkn ini. kui2.. alang2, biar la dia buat semua. kami nak buat x reti. gedebuk gedebak semua2, upah dia buat kerja, 400 dirham. ehe.. ok la tu kot. sebab masing2 kami berpuas hati dengan hasil kerja dia. eheh.. tu upah je. harga brg2 lain x masuk lg tu. ~3ala kulli hal, alhamdulillah..
erm.. tengah Abdullah baiki sakhonah, dlm pukul 11 pg kami dapat arahan utk siapkan bahas madah ustazah halim. kami kena buat pasal sastera malaysia. terjemah kepada 3 bahasa. lughah 3arabiyah, bahasa malaysia dan english language. kerja berkumpulan. saya memang dah siapkan bhgn saya minggu lepas. tapi tak jangka lak kena hantar hari ni coz minggu lepas ustazah kata tak perlu hantar selagi dia belum semak (melalui email). tiba2 pagi tadi dapat arahan kena hantar lak. aish.. mana tak bising saya. walaupon kerja saya sememangnya dah siap, saya kena bertanggungjawab gak utk pastikan kerja tu siap. nama pon kerja berkumpulan. kena bekerjasama. tapi memang tadi saya tak puas hati sangat2. dah lambat baru nak bagi tau. dah nak pukul 12 tghari, baru dapat tau kena hantar (so, kena la print). dah la ada kelas pukul 2 ptg. mana nak sempat. nak tunggu masing2 siapkan kerja pon dah makan masa. geram sangat2 tadi. dah tau tak sempat siap, tak yah la hantar. erm.. tak pasal2 je saya kena ponteng kelas pukul 2 tu. isk2.. geram2. plak tu, bila cari cc, susahnya bukan main. last2, g je cc yg tak ada printer warna. pastu tak ada binding lak. wawawa.. tensen tol. tibai je la. masukkan dlm fail plastik je. pastu tunggu teksi, teksi lak tak ada. lama gak la tunggu. dalam teksi, traffic jam lak. wah... geram2. masa tu dah pukul 3.40 ptg dah. kelas madah ni start pukul 3.30 ptg. sampai2 jamiah, dah pukul 3.55 ptg. tiba depan qoah, pintu tutup. MasyaAllah.. ustzh buat exam! isk2.. dah la lmbt setengah jam. nak masuk pon takut coz ustzh dah halang pintu tu dengan kerusi. hurm.. last2, buat2 berani je la. nasib la kalau kena marah pon coz katanya ustzh buat exam kitabi & syafawi. kan naya kalau tak masuk. sekurang2nya, ustzh tau la yg saya datang walaupon mmg tak bersedia langsung utk exam.
::muroqobah nihaie riwayah:: madah sem 3. berkenaan novel. ustzh byk kenalkan penulis novel arab, nama2 novel yang famous, & novel yang ustazah tulis sendiri "dunyajat". (saya dah beli, tapi tak berkesempatan lg nak baca) ehe.. satu soalan je. jawab dlm masa sejam setengah. sambil2 jawab soalan, ustzh panggil nama sorang2 utk exam syafawi. oho... pelik saya. boleh lak nak buat dua2 bentuk exam dalam satu masa. MOROCCO MEMANG PELIK! soalan kitabi: kesan novel barat kepada novel arab. hah, memang minggu ni kerja saya menggoreng cekodok dalam kelas. merepek2 je saya jawab soalan exam semalam & hari ni. soalan syafawi: berkisar tentang novel dunyajat. hah, ni lg la. nak goreng cekodok pon x leh coz depan ustzh. ingat nak pelawa ustzh join bancuh2 cekodok skali. ahah.. seb baik dak2 malaysia dikecualikan. sebabnya? entah. katanya buat minggu depan. tak tau la betul ke x. yang pasti, saya dah cukup penat untuk exam sebelum raya. ~alhamdulillah, hari ni last ke jamiah. cuti sampai isnin minggu depan. =D harapnya, "marah" saya dah surut waktu tu nnt. ye la.. kalau tengah marah, camna la nak study utk exam2 minggu depan. dah la berderet2. ada hari yg sampai 3 madah. fuh.. takut gak kalau tak mampu kawal emosi time tu nnt. tak pasal je goreng burger lak nnt time tgh jwb exam. ehe..
hari ni hari arafah. kebetulan, hari ni 18 disember. ehe.. dua hari yg amat bermakna bagi saya. memang saya ingat sangat2 dua2 tarikh ni. (18 disember & 9 zulhijjah- tarikh di mekah) kalau morocco, hari ni baru 7 zulhijjah. 18 disember 2006 & 9 zulhijjah 1423 (tahun 2003). kenangan yg cukup indah untuk dikenang. ahah.. ye la tu. apapon, yang dah lepas tetap lepas. redha dengan apa yang berlaku. yg penting, hidup perlu diteruskan. pandang ke depan, baru la ada kemajuan. =D
fuh.. panjang lak entry kali ni. akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. kullu 3am wa antum bikher,... buat ahli V.J yang bernama Adilah, eid milad saied.. =D dah 19 tahun. kecik lg tu. ahah.. x yah ssh2 pk, awak tetap adik dalam rumah ni walaupon kita dah ada junior akhowat. =P kui2.. thanks belanja kami burger mcD tadi. terharu saya. ehe..
Read or Post a Comment
<< Home