::muroqobah nihaie manahij dirasat adabiyah:: madah sem 1 tapi sem 1 tahun lepas madah ni x de. so, saya agak tak faham la madah ni. faham gitu2 je. plak tu, tak sempat nak belajar dengan latifah semalam sebab dia sibuk. biasa la.. orang dah kahwin. tak elok lak kacau jadual hidup dia. so, dsbbkn tak nak menyusahkan latifah, kami pon tak jadi la study dengan latifah. pagi tadi, sejam sebelum exam baru saya faham sikit2 pasal madah ni. erm.. pe lg, pecut sehabis yang boleh la. ehe.. tapi tak faham keseluruhannya pon coz tak sempat nak baca. (drpd kelmarin saya baca matbu3 tu, tapi tak faham2.. sejam sebelum exam baru nampak gambaran isi matbu3 tu.. eheh, alhamdulillah la nmpk gak) ustaz bagi 2 soalan nihaie & 1 soalan istidrok. jawab semua. masa diberi sejam setengah. erm.. soalannya jelas, tak meleret2 tapi saya tak dapat nak jwb. sedih.. sebabnya? apa yang saya "nampak" sejam sebelum exam tu, tak menepati soalan. isk2.. memang sedih la time nak jawab. dah la penat menghafal dalam masa sejam, sekali tak berkaitan dengan soalan lak. dan2 je terlupa apa yang saya hafal tadi. (biasanya saya faham, tak hafal. tapi tadi cam dah tak sempat nak ingat. tu la saya hafal je.) hurm... ~kena redha!
::muroqobah nihaie mitolojiyah:: madah sem 3. berkenaan usturah. ada 2 bahagian soalan. ustaz tulis kat papan hitam. 1) untuk moroqabah nihaie. ustaz bg petikan & 3 soalan. soalan terakhir berkenaan mufradat beberapa kalimah yang ada dalam petikan. 2)untuk istidrok. ustaz bagi petikan (satu ayat je pon). ada 2 soalan. soalan kedua berkenaan mufradat beberapa kalimah yg ada dalam petikan. erm.. saya dah penat sebenarnya waktu ni. bertambah2 rasa penat bila tak dapat nak jwb exam pagi tadi. utk madah ni, saya dah pernah hafal & faham sebab ustaz dah pernah buat muroqobah mustamirrah. tapi tadi semua saya lupa. terlalu penat agaknya. sampai waktu tengah baca soalan & fikir jawapan, saya terlelap. ehe.. tak sedar lak. seb baik terjaga balik. banyak kali gak la terlelap tadi. otak dah tepu dah. petikan yg ustaz bagi pon, tak berapa nak faham. apatah lg soalan. last2, saya jawab je la ikut apa yang saya faham. buat2 faham. jawab sikit je. tak ada idea nak jwb panjang2. (dah tak faham, camne la nk jwb pjg2). tengah2 fikir jawapan, (tak tau nak fikir jwpn apa sebenarnya) tiba2 ada orang buka pintu. latifah datang! ahah.. sempat lagi dia jerit nama saya. lepas saya pandang, dia tutup pintu. 5 minit lepas tu, saya hantar kertas. dah tak tau nak tulis apa dah sebenarnya. ~3ala kulli hal, alhamdulillah.. saya percaya, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. andai perlu mengulang sem ni, redha je la. rancangan Allah terbaik buat hambaNYA. lgpon, mmg salah saya gak tak dapat nak menguasai madah tu betul2. (belajar baru sebulan, camne nak kuasai madah tu? erm.. no komen..)
keluar je drpd kelas, terus jumpa latifah. rindu betul saya nak dengar suara dia. ceria betul dia. =) ada gak dia tanya pasal exam tadi, saya jwb la tak reti nak buat. dan2 je dia bagi semangat. erm.. lega rasa bila dengar kata2 dia. (tapi saya dah tak ingat la apa dia kata tadi) tanya gak dia, kenapa dia datang jamiah (sbb dia tak belajar sem ni). katanya, dia datang sebab nak jumpa saya, suaidah & lilah. dia risau kami tak dapat jawab. (sbb semalam dia tak dapat nak tolong ajar kami) tu la dia datang utk tenangkan hati kami. semata2 utk tu! kagum saya. dah la datang jamiah jalan kaki sorang2. erm.. untung dapat kawan macam latifah ni. lepas kami solat asar, latifah balik rumah. kami stay kat jamiah coz dlm masa lebih kurang sejam, ada kelas lagi. hurm.. penat! dah la saya tak de mood coz dua2 exam tak leh nak buat. sedih betul tadi. kalau latifah tak datang, rasanya memang saya tak nak cakap dengan sesiapa langsung hari ni.
time kelas ust baqsya tadi, madah tahlil khitob. ust ajar la. hurm.. makin byk lak yg nak kena baca untuk exam nihaie nnt. oh ye, madah ni start pukul 5 habis pukul 6.30 petang. maghrib pukul 5.20 ptg, isya pukul 6.45 ptg. dah nak akhir2 waktu tadi, dlm pukul 6.25 ptg, ustaz keluarkan kertas muroqobah mustamirrah yg lepas. (yg saya kata tak dapat jwb 2 minggu lepas) ustaz kata ramai yg dapat markah 5. yg 0 pon ramai gak. hurm.. sedih dengar. lepas tu tadi, ustaz nak baca nama. fuh.. saya dah cuak da. buatnya ustaz sebut markah, kn naya je. habis semua orang tau markah yg sikit tu siapa. kertas yg awal2 ustaz sebut, semuanya tak masuk kelas tadi. tiba2 sampai kat satu kertas ni.. "nur...." sekali blackout! fuh.. lega saya. mmg saya bajet tu nama dak malaysia. kalau bukan saya, suaidah sbb dak arab x de nama nur. memang bersyukur sangat2 tadi tiba2 blackout. (tak pernah2 pon blackout sebelum2 ni) so, secara tak langsung, kelas pon habis. kami ber4 (dak2 malaysia) jalan laju2 ke musolla jamiah. lagi 10 minit nak masuk waktu isya! ~asek berkejar je nak solat maghrib setiap hari isnin.. isnin sem ni memang memenatkan saya. tensen pon hari isnin gak. semua2nya hari isnin. ehe.. ada la hikmahnya tu..
Read or Post a Comment
<< Home