::mabrouk 3awasyir:://Monday, December 31, 2007//7:12 AM
7 celcius.. sejuk lak cuaca pagi ni.. hajat di hati nak post entry semalam, tapi tak sempat lak. sebabnya? menyiapkan kerja yang minta disiapkan.
::mabrouk 3awasyir:: semalam hari ke sepuluh raya aidiladha. oh ye, "mabrouk 3awasyir" sering disebut oleh org arab maroc setiap kali ada perayaan, samada aidilfitri mahupun aidiladha. ia diucapkan sempena raya selama 10 hari. (kalau x silap saya camtu la). dipendekkan cerita, semalam saya ke rumah kawan arab dak2 dirasat. ke rumah arab sekali lagi. tujuannya? mengeratkan silaturrahim + makan makanan arab. hehe.. 4 org je yg turut serta. saya, chip, syirot & kaksue. mereka yang lain mempunyai agenda tesendiri. kesian suaidah tak dpt nak ikut. ehe.. sabar ye. =D
khadijah namanya. seawal 11 pagi (awal ke tu?) kami bertolak daripada rumah. naik bas 52 hingga ke akhir mahattah. kemudian naik pula bas 27 (bas di sala). perjalanan hampir sejam drpd rumah saya ke mahattah rumah dia. tiba di mahattah, kami berjalan kaki selama 20 minit. fuh.. sempat juga la saya mengantuk dalam bas. sala merupakan sebuah perkampungan. ada sala jadid (bandar) & sala (kampung). lawa kampungnya. ada kawasan yang hijau. seluas mata memandang! (tak sangka di maroc ada tempat camtu). hehe..
hamparan hijau..
suasana kampung
tiba di rumahnya, kami berbual. lama gak. lebih sejam, sebelum dihidangkan makanan. oh ye, adik beradik maryam ramai gak la. 5 org perempuan, 2 org lelaki. kedatangan kami amat dirai. adik beradik perempuannya semua ada bersama kami. saudara pon ada gak. fuh.. best2. rasa cam family sendiri lak. paling best, mereka rajin berborak (walaupon menggunakan loghat darijah). ehe.. cam biasa, saya ni bukanlah seorang yang "cepat masuk borak". 3ala kulli hal, cara mereka membuatkan saya tertarik utk berborak. topik pon menarik gak. ahah.. tak lama lepas tu, mknn dihidang. dajaj muhammar! ehe.. sedap2. (cam dajaj rubu3 yg jual kat kedai tu tapi yg ni lg sedap la, ayam x kering) kami makan 12 org kalau x silap.
dajaj muhammar
selesai makan, kami diberi peluang melihat "yaum 3arus". hari perkahwinan. ehe.. lama gak la videonya. sampai tertidur2 saya. oh ye, di maroc, majlis perkahwinan di asingkan antara lelaki dan perempuan. so, menarik gak la. drpd isya sampai subuh. pengantin tukar baju byk kali gak. 7 kalau x silap. eheh.. sebelum majlis kahwin, ada "yaum henna" hari berinai. ni pon lbh kurang sama. asek menari je org arab nih. penat betul. ~teringin nak hadiri yaum 3arus org arab..
bila saya bangun drpd tidur, ingatkn nak balik dah. tiba2 dihidangkan mknn lg. hehe.. kutban. makan sambil tgk2 video tadi. (x abes2 lg video tu). eheh.. malwi pon ada gak. ehe.. pe lg, saya pon mkn la. rugi x mkn mknn arab =D. nnt kat malaysia x jumpa dah. selesai makan, sesi bergambar pula. oh ye, dalam family ni ramai gak la dak kecil. sorang paling kecil. cute! diam je dia. tak menangis pon. da la tembam. geram je saya tengok. padahal mak dia x de la berisi sgt. pe rahsia anak dia leh tembam ek? mknn kentang lenyek. =D
bersama sarah & kanak2.. (leh thn gak kenakalan dak2 ni)
bersama syaima'.. geram tgk pp dia. merah sentiasa.
lepas maghrib bertolak pulang ke rumah. penat. tapi best. sampai2 je rumah. qodo' balik masa. ahah... pukul 3 pg gak la baru tidur.
-tukar topik lak-
kelmarin ym dengan family. call mak guna ym. eheh.. mula2 chat dengan abah. send gbr raya haji. tapi lps tu x chat sgt, coz abah & mak tgh tgk tv. (saya amat memahami) ehe.. lps habis MI tu, baru start chat balik. dah pukul 1 pg malaysia rasanya. borak2 dengan mak sejam. ehe.. mcm2 la diceritakan. best! oh ye, kakNa dah masuk UPSI 26 disember yang lepas. sebelum ke UPSI, makngah buat jamuan BBQ utk kakNa. family kami berkumpul. 2 org je yg x ada. saya & aimi. (x aci2..) lps chat dgn mak, chat dengan adik saya lak. dia send gbr. menarik lak tengok gbr jamuan tu. bestnya kalau saya ada sekali.
abah & danish memasak.
yasir, kamilia & adila tgh mkn. sempat lg tu bergbr.
Read or Post a Comment
<< Home