::fatrah demi fatrah:://Friday, December 28, 2007//6:00 PM
18 celcius..
hari ni sepatutnya ada 2 exam. nahu & sorof. dua2 nihaie. sorof pagi, nahu petang. awal2 pagi lagi dah keluar ke jamiah. cam biasa, dlm perjalanan, hafal durus. hehe.. hobi diwaktu exam. sampai2 je jamiah, ust x datang lg. oh ye, dua minggu lepas, ustaz da bgtau yang dia nak buat exam syafawi utk muroqobah nihaie sorof. so, kami pon buat la persiapan utk syafawi. tiba2, ustaz masuk mudarraj, bw kertas byk2. ya Allah.. sabo je la. kitabi ke? erm..xpe2. boleh kot nk jwb. x lari sgt pon taktik membaca nota. baru je nk simpan2 nota, (nk siap2 utk jwb exam) tiba2 ust ckp.. "siapa yang tak datang exam mustamirrah je yang tinggal. yang lain sila keluar. saya tak nak org yg dah exam, ambil exam semula. nihaie tangguh minggu depan. iklan akan dikeluarkan" wawawa... sabo je la. saya dah sedia dah nk exam. bukan apa, kalo tangguh2, nnt makin byk kena baca. saya bajet nk tumpu kat madah susah je lps habis exam2 sem 1. apakan daya, kita kena redha! =) so, saya, suaidah, lilah & salwa membuka langkah, mencari qoah kosong. ulangkaji madah nahu sama2. habis sesi ulangkaji, saya & suaidah pulang ke rumah. lilah stay kat jamiah, teman salwa.
lg 30 minit nak pukul 2 ptg, saya & suaidah bergegas ke jamiah. lenguh gak la kaki coz hajat dihati nak lumba jalan dengan mereka yang ingin ke jamiah. tapi tak kesampaian lak. derang jln laju sgt la. sakit kaki nak ikut rentak mereka. sampai di jamiah, terus menuju ke qoah 34. eheh.. utk exam nahu, ust kata nak buat exam syafawi. so, cam biasa, hafal la apa2 yg patut. fahamkan sebaik mungkin. (tapi ada gak sikit2 yg x faham) tunggu punya tunggu, ust x dtg2. dak2 arab da start bising2. borak2. aish.. geram betul saya. dah tau ada masa terluang, baca la buku tu. x adil rasa bila kami (dak2 malaysia) sibuk menghafal dan memahamkan nota, tapi dak2 arab yg dikurniakan kelebihan drpd segi pemahaman (sbb bahasa arab) senang2 hati je meniru time exam. hah.. sambil2 menghafal, terlelap gak la saya. pening2 kepala. sbbnya? ehe.. jadual tidur tak tersusun. ala.. bese la tu. fatrah imtihan. x kesah sgt dah psl tidur. hah, exam sepatutnya start pukul 2 ptg. dah pukul 3 ptg, ust x sampai2. saya dah penat dah. dak2 arab pon ada yg nk balik. tiba2 ust sampai. alhamdulillah.. tak sia2 tunggu. ingatkn penantian berakhir di situ je. tiba2 ust ckp.. "barisan tengah je yg tinggal dlm qoah ni. yg lain sila keluar." waaa... saya ada kat barisan tepi. betul2 depan meja ust. kena keluar gak ke? isk2.. saya nak exam! ehe.. saje la buat2 x phm. x keluar pon. tiba2 ust ckp.. "awak keluar dulu, nnt saya panggil masuk balik. saya nak barisan tengah je dulu" ahah.. yela2.. saya keluar. ngueh2.. lakonan x menjadi lak.
lama gak la tunggu kat luar. dlm setengah jam gak kot. tiba2 ust keluar. ingatkan dah boleh masuk. tapi sangkaan saya meleset lak. ust ckp.. "exam tangguh minggu depan. samada hari rabu @ khamis. nanti saya tampal iklan" ya Allah.. kesabaran teruji buat kali ke 2. terkilan gak la coz hari ni dua kali ulang alik ke jamiah, tapi satu exam pon x dpt nak ambil. makin byk la exam utk minggu depan nampaknya. morocco ni mmg PELIK. sabo je la. agak geram gak la sebenarnya. tapi bila fikir2 balik, sebagai orang yg ingin menjawab exam, kena la patuhi nizom2 yg dibuat oleh ustaz. ehe.. (nak kata nizom jamiah, x leh lak coz mmg x sistematik pon) so, kita kena sentiasa memahami ustaz supaya kita tak merasa tertekan dengan peraturan yg sering diubah2. ehe.. bile lg.. nnt balik malaysia, dah tak ada pengalaman camni. ahah.. ye la tu. (saje nak sedapkan hati)
oh ye, dak2 dirasat islamiyah rabat, majoriti dah habis exam. kalau berbaki pon, sikit je lg. dah lega gak la mereka. habis fatrah exam, masuk fatrah tunggu natijah lak. ahah.. ni lg la penat. kena ke jamiah setiap hari pagi & petang utk tengok kalau2 ada result yg baru keluar. kena sentiasa tengok sebab biasanya istidrok akan dibuat dlm masa terdekat. kalau terlambat tengok iklan, risiko tinggi gak la. so, jadual ke jamiah pon bermula. ehe.. ada turn masing2 utk ke jamiah. hah, lepas fatrah tengok natijah, fatrah berkampung di jamiah lak. ahah.. ni lg la menarik. tiba satu masa, dak2 malaysia semua ada kat jamiah. utk pe ek? ehe.. menghadapi istidrok. ada yang drpd pg sampai petang. sampai malam pon ada. jaga wudhuk adalah perkara biasa dalam kehidupan dak2 malaysia di morocco. kalau tak jaga, kena rajin utk menapak mencari punca air la nmpknya. oleh kerana kami sedia maklum yang kuliah kami ketiadaan air, kami pon sentiasa berhati2. bgs gak eh. sentiasa dalam keadaan berwudhuk. =)
Read or Post a Comment
<< Home