::eid mubarak saeid:://Friday, December 21, 2007//1:03 PM
16 celcius..
::eid mubarak saeid..:: 21 disember 2007. rakyat morocco menyambut hari raya aidil adha. mekah raya kelmarin. malaysia raya semalam. maghribi raya hari ini. kenapa berbeza? ehe.. jgn tanya saya, tanya org yg lebih arif. sng2, g tanya malik (raja) maghribi.
pagi semalam, kami bermesyuarat. siapa kami? ahli2 rabat. oh ye.. tahun ni, PMMM tak buat jamuan khas untuk hari raya aidil adha. masing2 buat jamuan ikut wilayah masing2. rabat, kenitra, mohamedia & casablanca.. (tu je yg saya tau. wilayah lain pon ada gak rasanya). apapon, raya pertama ada jamuan di rumah duta. duta support kot.. ehe.. (dgr2 malik bg kambing seekor) wallahua3lam..
takbir raya di vJ
malam semalam, takbir mula dilaungkan dari rumah ke rumah. =) bermula di Villa Mu'minin, vJ, Villa Salsabiela dan berakhir di Teratak Bonda. ehe.. pengalaman pertama buat saya. selama kat malaysia dulu, tak pernah lak orang datang rumah saya untuk takbir malam raya. (sbb mmg stiap malam raya, rumah kami kosong. kalau tak ke rumah atok kat port klang sure kami ada kat kampung penang.) so, pengalaman semalam agak menarik la. ehe..
pagi raya.. seawal 3 pagi alarm hp saya berbunyi. ehe.. tutup, tidur balik. pukul 4 lbh, bunyi lg. tutup, lps tu tidur balik. pukul 5 bunyi lagi (ni kali terakhir bunyi). tutup, lps tu tidur balik. ahahaha... kalau tak bgn lps ni, mmg nahas la coz lps ni alarm takkan bunyi dah. mujur pukul 5.20 pg terjaga. dalam pukul 7 pg lbh, kami dah siap2 utk ke masjid. solat sunat aidiladha! hujan renyai2. kena bw payung. oh ye, kami konvoi ramai2. rasa cam satu family lak. berderet dak2 malaysia ke masjid. kui2.. menarik2. oh ye, takbir raya di maghribi tak sama dengan takbir raya di malaysia. agak mendatar. apapon, tetap dengan hadaf yg satu. selesai solat, khutbah diperdengarkan. lepas tu, masing2 berangkat pulang. sama seperti nak ke masjid, balik drpd masjid pon jalan berderet2 gak. ahah.. menarik je tengok. dengan baju berwarna warni. (rugi lak x ambil gambar) oh ye, hujan masih renyai2. angin kuat gak la coz kawasan perumahan kami tak jauh drpd pantai. angin pantai..
dalam pukul 10 pagi, kami berkumpul semula. kami ni di sutoh. tujuannya? menyembelih kibash. eheh.. upah orang tolong sembelihkan. pakat2 dengan tuan rumah ni. sekor kibash tuan rumah, 2 ekor kibash kami, student malaysia di rabat. erm.. 2 ekor ni pon, hasil pemberian orang. sepatutnya seekor je, kawan encik khairul bagi. tapi sehari sebelum raya, dapat lg seekor. menarik ceritanya. beberapa hari lepas, ust sem 1 dirasat islamiyah minta nombor hp dak2 ni. difahamkan yg ust tu nak bg daging sempena aidiladha. tiba2, sehari sebelum raya, ust tu suruh g kat masjid mana tah. dak2 ni pon g la. ingatkn nak dpt daging. sebab kat kertas tu tulis "lahm" tiba2 dapat kibash. ehe.. alhamdulillah..
2 ekor kibash
so, dipendekkan cerita, kami warga rabat pon menyaksikan detik2 penyembelihan kibash tersebut. banyak gak la gambar yg diambil. oh ye, kat morocco ada adat tersendiri. sebelum sembelih kibash tu, dipakaikan celak pada matanya, inai pada kepalanya dan diberi makan (gandum kot). kenapa ye? wallahua3lam..
inai, celak dan gandum
kami bersama madame hayat
saat2 menghembuskan nafas terakhir
potong kaki
kepala (org kata, buat kuskus kepala kambing sedap. ye ke ek? saya x rasa lagi..)
selesai menyembelih, dan2 hujan turun. renyai2. oh ye, kat sini lepas sembelih, kepala kibash tu dibakar. hati, lemak, bhn2 dalaman semua dibakar untuk dimakan. hanya daging dibiarkan semalaman sebelum dimasak dan dimakan. tujuannya? katanya utk membiarkan darah membeku. (betul ke eh. saya tibai je ni). katanya lagi, kalau terus makan hari sembelih tu, nanti pening2. wallahua3lam..
membakar kepala kambing. satu kepala, 15 dirham
jerebu di kala aidiladha..
jam 3 petang.. kami bersiap2 untuk ke rumah duta. ada jamuan raya. buat pertama kalinya warga rabat tidak dipertanggungjawabkan untuk memasak. hehe.. so, dtg lmbt sikit la. jd tetamu. kui2.. seperti biasa, ada student2 drpd wilayah lain. mohamedia, kenitra, casablanca. ramai gak la. time ni la nak jumpa kawan2. ehe.. tapi agak terkilan sebab akhowat kenitra datang lambat. plak tu, terus balik petang tu gak. hurm.. bestnya kalau mereka dpt luangkan masa tidur di rumah kami. yg adik2 casa lak, lain cerita. beria nak tidur rumah kami walaupon sepatutnya mereka balik malam tu gak ke casa. kui2..
rabat + kenitra + casablanca + mohamedia (tapi x semua)
bersama duta, TYT Othman bin Samin
oh ye, dah tak tlg masak, kami pon tlg la kemas2. cam biasa, cuci pinggan mangkuk, kemas2 dapur. fuh.. letih gak la saya bermain dengan air panas dan sabun. panas bangat! xpe2.. sekali sekala, apa salahnya. malas nk guna air sejuk cuci pinggan. dalam pukul 8 lbh, semua kerja siap. ehe.. waktu utk vJ bergambar! tapi kurang seorang la. dila dah balik dulu..
vJ
habis bergambar dan merehatkan diri, kami pulang ke rumah. jalan kaki. tunggu teksi sambil2 teruskan jalan kaki. susah betul nak dapat teksi. last2, dpt 2 teksi je. mereka yg "bernasib baik" meneruskan perjalanan ke rumah dengan menapak selarat yang mungkin. ehe.. tahniah2 kerana berjaya menapak drpd rumah duta ke rumah rabat. jauh tu.. kagum saya dengan mereka.
hari raya ke 2.. seawal 8 pagi kami bersiap2 utk ke rumah kak rozy. hari ni, jamuan aidiladha wilayah rabat akan diadakan di rumah kak rozy. (tumpang rumah kak rozy). sampai2 je, terus start potong2. masak2. macam2 gak la menu. sup tulang, kurma daging, ayam paprik, pencuci mulut berapa byk jenis tah. ehe.. apapon,best2. ~tak tangkap gbr sangat coz bz memasak. bz makan. bz tengok cerita. bz mcm2. ehe..
hasil kerja kami, warga Rabat..
dikala takbir dilaungkan..
hari raya ke 3.. pagi. masih konfius nak ke mana. nak ikut ke rumah kawan arab dak2 dirasat @ ke rumah usth halim. lama gak la terumbang ambing. last2, call usth. beria dia ajak ke rumah dia. ehe.. rasa bersalah lak x call semalam. so, pukul 12 tghari kami (dak2 lughah) bertolak ke aswak salam. kata usth, rumahnya dekat dengan aswak salam. sebelum ke rumah usth, kami beli kek coklat. (cam best je nmpk)
aswak salam..
pilih2.. nmpk sedap, harga pon sedap gak la..
lepas tu usth datang. jalan kaki je pon ke rumah dia. sampai2 je, main lari2 anak jap. ahah.. kenangan... sempat gak la terjerit2 sikit. ngueh2.. oh ye, kami dihidangkan kuskus. makan 10 org. first time makan kuskus sampai habis. puas hati. =D lepas tu sesi ambil gbr sambil minum teh. usth halim pakai baju kurung yg lilah bw. lawa..!
kuskus bil khudhor
dalam pukul 4 ptg lbh, kami ber6 menuju ke mahattah qitor medina. destinasi seterusnya, mohamedia. dak2 vJ yg lain tunggu kat rabat agdal. naik train yg sama. tiba di mohamedia pada waktu maghrib. solat maghrib, mkn2, borak2, & sesi ambil gbr. ehe.. sedap gak menu jamuan aidiladha di mohamedia. macam2 ada. pulang ke rabat sekitar jam 9 malam. penat..
L.O.V.E
sesi gambar diambil..
hari raya ke 4... jam 11 pagi. bersiap2 ke rumah kawan arab dak2 dirasat. hehe.. saja ikut coz teringin nak makan makanan arab. (padahal dah 3 hari berturut2 da g jamuan makan2) maryam namanya. destinasi kami, temara. best gak. rumah dia besar! kagum saya.
rumah maryam, temara
makanan yg dihidangkan pon best2. ehe.. berperingkat. start dengan kutban, salatoh, tojin & akhir sekali baghrir. ehe.. family maryam ni pon peramah gak. rasa best g rumah dia. tapi terpaksa balik coz nak kena baca buku utk esoknya. ehe..
kutban
salatoh
tojin bilbarkok..
baghrir..
vJ bersama keluarga maryam..
kdg2, rasa best jd kanak2. tak byk masalah, main setiap masa, tapi bila fikir2 balik, untung juga jadi dewasa. memikirkan byk masalah menjadikan seseorang semakin matang, semakin byk ilmu, semakin dekat dengan Allah.. ~wALLAHua3lam..
Read or Post a Comment
<< Home