::family ceria 6::
sedar x sedar, dah siri yang ke 6 dah ek.. kali ni cerita ringkas je.
"setiap pertemuan pasti ada perpisahan"
rasa macam sekejap sangat masa berlalu. seminggu sudah bersama raid, ziyad, jihad, rinad & iyyad. banyak kenangan yang dikongsi bersama. rasa susah sangat nak berpisah dengan mereka.maklumat penerbangan mereka ke saudi bertarikh 16 ogos 2007, tengahari. beberapa hari sebelum tibanya hari khamis tersebut, raid selalu cakap. "la tabki" saya lak asyik jawab, "sa nara.. man yabki awwalan" =P hehe.. sedih sebenarnya nak berpisah dengan mereka. sebab paling utama, nanti dah susah nak jumpa. kalau jumpa lagi pon, dah x macam ni. masing2 dah besar. tah2 masing2 dah kawin pon.. ye la.. bukan senang nak jumpa selalu. sebelum mereka pulang ke saudi, sempat juga kami merakam detik2 indah bersama. sempat rakam gelagat iyyad. comel! teringat masa kali terakhir bertemu mereka beberapa tahun dulu. masa tu rinad & iyyad x lahir lagi. raid, ziyad & jihad kecik lg. segan je masing2 nak tegur kami sebab masing2 tak reti nak berkomunikasi. alhamdulillah, sekarang mereka dah pon menguasai bahasa malaysia walaupon bukan 100%. saya & mak pon dah boleh nak berkomunikasi dalam bahasa arab. kira sama rata la.. kadang2 ckp arab, kdg2 ckp bm. =) yang paling saya susah nak lupa, ziyad. sebab kami rapat sangat. manja betul dia tu. suka sangat main tepuk2 tangan. wah.. sakit gak la.. biasa lah.. tangan lelaki.. tangan iyyad yg umur setahun lebih tu pon kasar gak. rinad je yg lembut. hehe.. raid lak, pg2 lepas subuh mengadap playstation 2. pernah sekali tu saya tanya kenapa rajin main pg2. katanya, nak hilangkn mengantok. hehe.. same la cam saya. bezanya, dia mengadap playstation. saya lak mengadap comp. agak2 semua orang dah bangun, saya pergi kejut ziyad. aish.. susah betul eh nak bangun. setiap hari kena tarik selimut. nanti da besar x leh malas2 camni tau! =)
erm.. rindu kat derang.. harap2 bila masing2 dah besar nanti tak lost contact. risau gak saya kalau2 lost contact sebabnya, tinggal beberapa orang je yang reti berbahasa melayu dalam keluarga kami di saudi. yang veteran2 je.. yang muda2, memang dah tak faham bm. jenuh la nak berkomunikasi kalau camtu kn? tu la salah satu sebab saya nak belajar sangat bahasa arab. untung2, hubungan kekeluargaan tak putus. ye x? =) okies, setakat ni je. kat bawah ni ada gambar kanak2 berwajah melayu, tapi tak reti sangat ckp melayu. hehe..

raid..

ziyad..

jihad..

rinad..

iyyad..

saat2 indah bersama.. =)

hanya tinggal kenangan.. =D
Read or Post a Comment
<< Home