::family ceria 5:://Wednesday, August 15, 2007//8:31 AM
30 celcius.. wah.. lama betul saya tangguhkan post yang ni.. banyak kerja yang perlu diselesaikan. so, yang tak berapa penting terpaksa diketepikan. harini baru ada masa nak update post ni.. okies, cerita bermula...
::family ceria 5:: =)
kalau post yang lepas saya bercerita mengenai pengalaman kami ke times square, post kali ni berkisar tentang tempat lain pula. tapi masih dalam malaysia. =) selang sehari selepas ke times square, kami 2 keluarga bertolak ke melaka.. ha.. dapat teka x kami ke mana?
A famosa resort Malaysia.. tempat ni bukanlah tempat yang baru dibina. dah lama gak la coz masa form 1 dulu pon saya dah pernah menjejakkan kaki di tempat ni. bagi mereka yang tak pernah pergi lagi, meh nak terangkan pasal tempat ni. boleh dikatakan A famosa resort ni besar gak la. oh ya, macam2 ada kat sana. antaranya, A famosa resort hotel, A famosa golf resort, A famosa cowboy town, A famosa animal world & A famosa water world. pelbagai tempat penginapan juga disediakan. ada banglo, kondo, hotel, macam2 gak la.. mainan lak, ada horse riding, archery range, paintball war games, microlight & go-kart. tempat2 ni asing2, tapi tak la jauh sangat antara satu sama lain. saya teringin nak main paintball war games tu, tapi tak dapat sebab masa tak mengizinkan saya berbuat demikian.
A famosa water world
peta
tengah tunggu mak g beli tiket
melangkah masuk.. =)
beg.. (ada lg tag qatarairways) kui2..
so, tujuan utama kami ke sana adalah untuk ke A famosa water world. besar tempatnya. best main2 air kat situ. paling best, main kat tempat ombak "wave pool". paling best time ombak datang la.. raid & ziyad lak memang pandai berenang. hah, memang saya & adik saya pegang pelampung mereka je la.. hehe.. lepas dah puas bermain ombak, kami ke "inner tube slide" tinggi gak la gelongsor tu. kena naik tangga sampai atas, lepas tu turun gelongsor tu guna pelampung. oh ya, pelampung, macam biasa lah, kena sewa. satu pelampung double, RM14. kira bila pulangkan balik pelampung tu nanti, dia bagi balik RM7. kalau x pulang langsung, habis RM14 la..
tempat jual2 barang
cari port landing
pemandangan di "wave pool"
lepas main kat situ, kami ke "high speed slide" tempat ni lagi tinggi berbanding tempat tadi. takut gak la time naik tu coz bila tengok bawah, nampak lebuhraya, hutan, macam2.. rasa cam kalau jatuh, memang x selamat la.. hehe.. ada sorang tu, terpaksa merangkak bila dah nak sampai atas. gayat agaknya.. bila sampai kat atas, tiba2 saya & adik saya tak boleh main gelongsor tu lak.. aish.. sabo je la.. ada lah sebab2 tertentu kitorang tak boleh naik, ye x? =) so, kami berdua turun tangga tu balik.. wah.. lagi seram daripada nak naik tadi. hehe.. redah je la.. takkan nak tercegat kat tangga tu lak, btol x?
lepas abah, pakcik ishak, raid, ziyad & jihad habis main kat situ, kami ke tempat seterusnya.. "body slide" tempat ni lebih kurang cam tempat tadi, tapi rendah sikit. oh ya, kedua2 tempat ni tak guna pelampung. so, tadi saya & adik saya jaga pelampung skali ngan rinad. bila da sampai tempat ni, saya nak main kat tempat lain pula coz tempat ni pon saya & adik saya x le main. sebabnya? biasalah.. perempuan, x leh nak main sangat byk2 tempat. hehe.. so, kami berdua main kat "lazy river" je. lazy river ni keliling semua tempat. kiranya duduk je dalam pelampung tu sambil dibawa arus. nanti sampai kat tempat asal balik. baru je masuk tempat tu, jihad nak join kitorang. hehe.. dia lak rajin nak menarik pelampung.. memang best la main kat situ. kui2..
"wave pool"
akhir sekali, kami ke tempat ombak tu semula sebelum lunch. oh ya, lunch disediakan. (sebenarnya memang da dicharge pada harga tiket) so, beratur la untuk tukar kupon tu dengan makanan. =) lepas makan, kami bersiap2 untuk pulang ke rumah. dalam perjalanan pulang, singgah sebentar di R&R untuk solat. sampai di rumah tengah malam sebab singgah solat & makan malam di shah alam. fuh.. penat gak la.. eheh.. memang penat..! biasa lah, main air.. pulak tu, asyik tarik pelampung orang je time main ombak tu. memang bila bangun tidur tu lenguh habis la tangan.. ahah..
keesokan harinya, kami ke tempat permainan yang terletak di atas bukit. ha.. kat mane? boleh teka x? senang je.. tempat ni memang dah lama sangat2 dah ada. "Genting Theme Park" erm.. org arab memang ramai sangat2 la kat sini. boleh la kalau nak kata bila da sampai malaysia, org arab memang akan ke genting kalau tujuan ke malaysia untuk bercuti. macam biasa, ada taman tema luar & taman tema dalam. mainan pon banyak cam sediakala. tapi ada 2 permainan yang dah tak berfungsi. "supertoboggan" & "space adventure". tapak asal space adventure tu direka mainan baru "crazy space lab" tapi masih belum beroperasi. so, mainan lain cam biasa.
tengok peta dengan ziyad =)
outdoor theme park
indoor theme park
oh ya, mainan baru yang ada, "flying coaster". best sangat2.. =) cam terbang. hehe.. tapi kalau nak main yang betul2 terbang, kat indoor.. memang ada. siap ajar cara2 nak terbang lagi. kalau yang "flying coaster" ni, kena rm10 untuk sekali naik. tapi kalau yg kat indoor tu, rm50 utk satu pakej terbang.
"flying coaster"
mula2 kami main permainan yang outdoor. tapi tak habis semua sebab tengah2 main, tiba2 hujan. x de la lebat sangat, tapi bukanlah renyai2 je. basah gak la baju saya. dah la kat genting memang sejuk, kena hujan lak.. ahah.. berganda la sejuknye.. hehe.. time tu lak, tgh main "sungai rejang flume ride". air sungai tu melimpah masuk dlm kenu time turun gelongsor. time kat atas gelongsor sebelum turun tu, memang da x nampak apa2 dah. dikelilingi kabus. hehe.. menarik betul kn! =D time tu saya & ziyad je. seb baik la saya faham pe dia cakap. kalau x, sean dia cakap sorang2.. hehe..
"sungai rejang flume ride"
lepas habis main tu, kami masuk dalam.. lunch kat KFC. lepas solat, main kat tempat indoor lak. kat indoor ni, banyak gak la game yg berbayar cam "bowling cineplex", "ripley's believe it or not", "archery", "haunted adventure", "genting X-pedition", "snowWorld" & "genting sky venture". yg genting sky venture tu la yang saya cerita tadi. 2 tahun lepas dah pernah main dah yang tu. so, masa haritu saya x main dah la. mahal. hehe.. sekali terbang rm50. erm.. kalau x pernah try, memang saya nak try.. tapi disebabkan dah pernah cuba dulu, so x yah la main lg dah. hehe.. lepas main beberapa mainan kat indoor, kami ke outdoor lak. sambung main. tadi stop main sebab hujan. erm.. majoriti mainan kat situ saya da pernah main la kecuali "boating", "bumper boat" & "grand prix fun kart". ingat nak main go-kart haritu, tapi leceh lak. kena taklimat dulu la.. tah. macam2.. malas lak nak ikut prosedur. hehe.. so, x naik.. main game lain je. sebelum balik, check in hotel dulu. family pakcik ishak menginap di hotel buat 2 hari, kami lak pulang ke rumah.. esok abah kerja.. kena la balik.. kaksu lak sekolah.
CERIA.. =D
2 hari berikutnya, saya & kakna bw raid, ziyad & jihad g main bowling kat klang parade. murah gak la. sekarang tengah promosi.isnin hingga khamis pukul 10 pagi hingga 2 petang, rm10 untuk 4 games. murah kn! =D hehe..
bowling.. hehe..
kitorang main 5 org, setiap sorang 2 game. best gak la main coz masing2 pon sama tahap. ehe.. kerja masuk kat longkang die je.. kui2.. da stengah jam lepas tu, mak, pakcik ishak, makcik naimah, rinad & iyyad sampai. sambung main lagi.
Read or Post a Comment
<< Home