-M.E.R.D.E.K.A- apa ertinya merdeka? adakah ia bermakna pembebasan daripada belenggu penjajahan?
jika begitu, bagaimana sambutannya? konsert merdeka? pesta bola merdeka? menunggu detik 12 tengahmalam bersama2? persembahan bunga api? acara padang? perbarisan?
adakah mereka yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada tahun 1957 berharap agar kita menghabiskan duit berpuluhan ribu semata2 untuk hari bertarikh 31 ogos pada setiap tahun?
adakah mereka impikan konsert merdeka? adakah mereka idamkan persembahan bunga api yang menelan belanja beribu2 ringgit? adakah kerana itu mereka bersemangat untuk mempertahankan negara?
fikirkanlah... tidak perlu kita bazirkan apa yang kita ada semata2 untuk menyambut kemerdekaan negara. masa tidak perlu dibuang dengan menghadiri konsert2 merdeka. jika mereka yang memperjuangkan kemerdekaan negara melihat sambutan merdeka pada zaman ini, pasti mereka berasa kecewa. usaha mereka adalah untuk diteruskan. negara perlu dibela. kemajuan negara perlulah seiring dengan akhlak masyarakat. berbaloikah negara itu maju sedangkan akhlak rakyatnya merundum jatuh??
renungilah.. adakah sambutan kemerdekaan pada zaman ini melambangkan usaha mereka diteruskan? tepuk dada, tanya iman...
Read or Post a Comment
<< Home