::wehdah lughah wa tawasul:://Wednesday, June 06, 2007//6:31 PM
madah faransiah muroqobah mustamirrah ~isi tempat kosong ~tulis berdasarkan apa yang ustaz cakap ~isi jadual ~jawab soalan ~berkenaan nombor
muroqobah nihaie ~isi tempat kosong ~buat soalan ~susun perkataan mengikut turutan yang betul ~berkenaan nombor
madah ini hanya diambil oleh mereka yang memegang warganegara selain maghribi. pelajar2 maghribi tidak berada di dalam kelas kami kerana kami diperingkat permulaan. baru belajar mengenal nombor, sebutan & perkataan. belajar cara2 buat ayat, tambah perbendaharaan kata & sebagainya. memandangkan bahasa france merupakan bahasa ke 2 di sini, tidak menjadi masalah bagi pelajar maghribi untuk menguasainya. oleh itu, kelas ini diwujudkan bagi kami yang tidak pernah mempelajarinya. ustaz seperti sedang mengajar pelajar tadika pula ya. membetulkan sebutan kami, mengulang berkali2 supaya kami dapat memahami apa yang ustaz ajar. 3ala kulli hal, syukran kepada ustaz kerana banyak bersabar dengan kerenah kami. =) sewaktu muroqobah mustamirrah berlangsung, saya agak tidak bersedia untuk mendudukinya kerana ada beberapa kaedah yang saya masih tidak dapat kuasai. terasa sedih apabila memegang kertas tanpa ilmu. =( selesai sahaja imtihan, saya berazam untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut pada muroqobah nihaie. alhamdulillah, saya dapat merasai peningkatannya apabila kertas imtihan bagi muroqobah nihaie berada di tangan saya. cuma apa yang dikesalkan, saya tidak cukup peka semasa mendengar nombor yang disebut oleh ustaz. (^_^) semoga sama2 najah dalam imtihan kanak2 tadika ini..! =D
madah taqniyatul ta3bir wa tawasul muroqobah mustamirrah ~bentangkan urudh
muroqobah nihaie ~jawab 10 soalan dalam masa sejam (sebenar2nya kami hanya berpeluang menjawab selama 35 minit)
madah ini merupakan madah yang mana kami diajar kemahiran berkomunikasi. saya amat gemar dengan cara ustaz mengajar dan berhadapan dengan pelajar. tidak pernah sekalipon ustaz meninggikan suaranya walaupon ada pelajar yang selalu ingin berdebat dengan ustaz. lumrah hidup di negara arab, penduduknya suka berdebat. hehe.. bagi muroqobah mustamirrah, saya merupakan pelajar pertama yang ditaklifkan untuk membentangkan urudh. agak tidak bernasib baik sebenarnya apabila kita menjadi orang pertama kerana tidak nampak kesalahan yang bakal berlaku. kesilapan saya yang paling besar, saya tidak sempat untuk menghafal apa yang telah saya karang. akhirnya, saya berhadapan dengan pendengar dalam keadaan yang tidak bersedia walaupon pada mulanya saya sudah agak yakin dengan apa yang bakal saya tempuhi. berbeza dengan pelajar malaysia yang lain, giliran mereka amat jauh kebelakang. saya kira, giliran mereka sebulan selepas giliran saya. mereka amat beruntung kerana dapat melihat dan menghakimi pembentangan yang dilakukan oleh pelajar2 sebelum mereka, sekaligus dapat membentangkan urudh mereka dengan sehabis baik. menghafal dalam erti kata fasih tutur katanya.
bagi imtihan muroqobah nihaie, pada mulanya ustaz memberi masa selama sejam. walaubagaimanapon, kerja pembahagian kertas telah mencuri masa kami. sebelum menjawab, seperti biasa saya akan menulis waktu yang saya kira munasabah bagi menjawab soalan. kebiasaannya 15 minit sebelum waktu berakhir. jangkaan saya meleset apabila ustaz memberitahu kepada kami bahawa masa hanya berbaki 5 minit. soalan dikertas saya masih berbaki empat. agak risau juga saya pada waktu itu. alhamdulillah, saya sempat mengisi dan menjawab semua soalan. tetapi saya tidak yakin sama ada jawapan tersebut betul atau tidak. tawakkal 3alallah..
muroqobah nihaie ~satu soalan dalam masa sejam setengah ~المنهج في التحليل الأدبي الوسيلة التي تتيح مقاربته من جهات متعددة.ناقش هذه القولة في ضوء دراستك لعلاقة النص بالمنهج
saya tidak dapat memahami dengan baik apa yang cuba disampaikan dalam madah ini kerana semasa mengajar, ustaz lebih kepada memberi nota (ustaz cakap & pelajar tulis). dengan kata yang lebih tepat, saya tidak dapat menyalin dengan baik apa yang diajar kerana terlalu cepat. ~saya kira mustawa saya terlalu rendah untuk sampai ke tahap ini.~ sebulan sebelum bermulanya muroqobah nihaie, ustaz mengiklankan bahawa soalan yang bakal diberi adalah berkisar kitab karangannya, "manhaj wa nas". saya tidak ketinggalan untuk mencari dan membeli buku tersebut. malangnya, bahasa yang digunakan untuk menyiapkan buku tersebut agak tinggi sehingga saya tidak dapat memahami apa yang terdapat di dalamnya. akhirnya, saya & suaidah membuat keputusan untuk bermalam di rumah latifah (kawan arab) pada malam sebelum imtihan berlangsung. kata orang, kerja last minute banyak kelemahannya. sedih juga mengenangkan apa yang saya tulis pada kertas jawapan. saya tidak dapat menjawab dengan baik kerana tidak memahami dengan baik isi buku tersebut. keluar sahaja dari dewan, saya melangkah dengan azam baru. ya, saya harus mencari pusat bahasa bagi memantapkan penguasaan bahasa saya. saya juga berazam untuk memperbanyakkan mufradat dengan membaca buku2 yang telah saya beli. saya kira dengan cara itu saya dapat menebus semula kesilapan yang telah saya lakukan. kesilapan? adakah tidak dapat menguasai bahasa dengan baik merupakan satu kesilapan? mustawa rendah pada rata2 pelajar malaysia satu kesilapan? bukan kesilapan, mahal kekurangan yang perlu dibaiki dan diambil peduli. (^_^) tawakkal 3alallah.. saya amat berharap ketiga2 madah dapat menampung antara satu sama lain, menampal yang kurang agar saya tidak perlu menduduki imtihan yang diberi nama istidrok setelah keluar natijah pada minggu hadapan. harapan yang tinggi dipanjatkan padaNYA.
Read or Post a Comment
<< Home