::permulaan cuti musim panas:://Wednesday, June 06, 2007//6:42 PM
21 celcius..
berakhirnya imtihan maka berakhirlah musim sejuk. permulaan bagi musim panas tetapi masih dlm musim bunga. =) cuaca pada waktu ini memang amat sesuai untuk pergi melancong. tak terlalu sejuk, tak terlalu panas. tapi mungkinkah kami pelajar2 yang telah selesai menghadapi imtihan yang diberi nama muroqobah nihaie melangkahkan kaki bersiar2 sekitar maghribi? wujudkah antara kami yang berani untuk pergi mengambil angin pada waktu ini? fikir2kanlah baik buruknya. bagi yang bernasib baik, senior2 akan menasihatkan supaya tidak pergi dahulu sebelum terpampangnya natijah bagi imtihan yang baru sahaja berakhir. bagi yang tidak bernasib baik, mereka telah pergi dahulu sebelum sempat dinasihatkan. 3ala kulli hal, kita doakan semoga mereka tidak ditimpa masalah pada natijah yang sudah & bakal keluar. semoga Allah memudahkan urusan kita semua. (^-^) buat pertimbangan sehabis baik sebelum membuat keputusan yang agak mendadak.
natijah bagi tullab maslak dirasat islamiyah telah ditampal bermula 2 hari lepas. ia tidak diiklankan secara sekali gus, malah secara satu persatu. mungkin juga dua per dua. =) saya difahamkan natijah bagi pelajar sem 6 telah keluar keseluruhannya, berserta markah setiap madah. tahniah buat senior yang berjaya lulus tanpa istidrok. =) lepas ni kena nasihat junior2 supaya mengikut jejak tanpa istidrok pula ya..! (^_^) best dapat balik malaysia dengan natijah tanpa istidrok, tanpa ulang wehdah. mabruk 3alaik..
Duta sedang berucap sempena hari keputraan Agong
hari terakhir imtihan jatuh pada hari keputraan Yang Dipertuan Agong iaitu pada 2 jun 2007. majlis sambutan hari keputraan disambut di rumah duta berhampiran clinique souissi. majlis bermula sekitar jam 4 ptg. jemputan yang dianggar hadir adalah seramai 200 orang tetapi hanya sekitar 80 org sahaja yang dapat hadir kerana kebanyakan mereka masih berbaki imtihan.
Antara tetamu yang hadir
makanan semua dimasak oleh pelajar sendiri. menu utama, nasi goreng, kueytiaw goreng, roti jala. mknn sampingan pon banyak juga, kek coklat, buah2an, kuih cara.. =) saya menghabiskan kebanyakan masa untuk berehat & menenangkan fikiran. agak sedih mengenangkan imtihan yang baru sahaja diduduki pada sebelah pagi. berharap agar apabila berakhirnya majlis, maka berakhirlah kesedihan itu. alhamdulillah, beransur2 hilang. selepas tetamu jemputan bersurai, saya tidak ketinggalan untuk mengambil gambar sebagai kenang2an sempena kali pertama menjejakkan kaki di rumah duta walaupon saya memang tidak berhajat untuk membawa camera. (^_^) syukran utk dilah kerana khidmat camera yang diberikan. tapi x puas bergambar lagi. hehe.. saya amat mengagumi reka bentuk rumah tersebut. =D
Tidak melepaskan peluang untuk bergambar
seperti kebiasaan, apabila tibanya musim cuti, maka tibalah waktu dimana masing2 sibuk untuk merangka aktiviti2 yang bakal dilakukan sepanjang cuti. ada yang pulang ke malaysia, ada yang ingin menambah ilmu di fes, ada yang ingin melancong ke marakech, ada yang ingin ke spain & sebagainya. pernah juga terdetik di hati saya untuk melawat sahabat2 di mesir & jordan tapi tak kesampaian pula kerana tidak ada seorang pon yang berhajat ke sana pada tahun ini. rancangan itu saya tundakan ke tahun hadapan memandangkan ada antara kami juga berhajat ke sana. =) saya masih belum dapat menetapkan aktiviti yang bakal saya lakukan pada cuti kali ini dengan sebaiknya. hajatnya nak mendalami ilmu warsh tapi tidak ketemu ustazah pula. ingin juga mengambil kelas bagi memantapkan fushah & france, tapi masih belum berpeluang menjejakkan kaki ke tempat yang sesuai. masih dalam usaha mencari. beberapa hari yang telah berlalu saya habiskan dengan berjalan kaki.
hari ahad saya berjalan mengelilingi bandar dengan tujuan mencari pusat bahasa & menenangkan hati (agak emo pada hari tersebut). pulang daripada bandar (tanpa sebarang maklumat berkenaan pusat bahasa kerana tidak ketemui), saya & suaidah mengambil teksi ke megamall. sengaja menjejakkan kaki ke tempat yang tidak pernah tiba sebelum ini. bersiar2 di megamall. window shopping. =) tapi tidak ada apa yang berkenan di hati. hanya sekadar menyedapkan mata melihat barang2 yang unik & menarik. ketika melewati kedai milik peniaga dari saudi, saya tergamam. bukan kerana barang yang dijual, tapi kerana harumannya. teringat kenangan2 di haramain. bertuah sungguh insan2 yang berpeluang ke sana. ada juga saya berhajat untuk ke sana, tapi nampak gaya macam tidak kesampaian hajat itu pada tahun ini. =( perancangan Allah yang terbaik.. ingat tu.. baik..! =D pulang dari megamall, kami memutuskan untuk berjalan. bersenam kononnye. hehe.. cadang nak jalan dari megamall ke rumah, tapi memandangkan telah masuk waktu maghrib, kami terpaksa menguburkan niat kami. perjalanan kami terhenti dihadapan hospital souissi. setelah itu, kami menaiki bas 37.
hari isnin kami ke bandar sekali lagi. hajatnya nak beli buku, beg, pemutar telur letrik. selepas selesai memilih beg (yang muat diisi dengan camera), & pemutar telur letrik di sweqa, saya & suaidah sekali lagi berjalan kaki pada jarak yang agak jauh. bersenam kononnya. kami berjalan dari sweqa ke asima. =) singgah sebentar untuk membeli barang keperluan diri. banyak juga duit yang saya habiskan hari ini. kehabisan stok gamaknya. kami pulang ke rumah menaiki teksi. hajatnya nak naik bas, tapi x muat tangan pula nak bawa barang. hehe..
Ruang tamu saudi
hari selasa kami mendapat undangan untuk menghadiri haflah di rumah salah seorang student saudi. sahabat pelajar dirasat rumah saya. rumah badariah. seorang pelajar juga seorang surirumah tangga yang mempunyai dua anak perempuan. =) turut hadir, 4 orang sahabat dari emirates & seorang sahabat maghribi. kali pertama saya bertemu mereka secara rapat. rasa bertuah dapat berkawan dengan mereka. peramah, baik & sempoi. hehe.. ada juga terfikir untuk bergambar beramai2, tapi menjadi kebiasaan bagi penduduk emirates untuk tidak bergambar. akhirnya tidak ada gambar beramai2 untuk disimpan sebagai kenangan. pasah saja. anak2 badariah juga turut terhibur dengan kehadiran kami. mereka sibuk mewarna dan melukis bersama kami. seperti kanak2 pula ya. =)
kami disajikan makanan saudi. =) sekali lagi saya teringat kenangan2 di haramain. ~nak g sane lg.. isk2..~ oh ye, kami juga tidak ketinggalan untuk membawa makanan malaysia. setiap sorang satu menu. masing2 sibuk dengan menu masing2. dilah masak bubur kacang adas & donut. nisah masak karipap. suaidah masak puding roti. aisyah masak agar2 milo. chip masak nasi impit & kuah kacang. saya masak kek coklat black forest (Resepi dari mesra.net). macam jamuan hari raya pula ya.. =D malangnya, kami tidak berkesempatan untuk merasa makanan yang kami masak kerana telah terlalu kenyang dengan sajian makanan saudi & emirates (macaroni bakar). saya tak dapat rasa kek coklat yang saya buat. isk2.. tiba di rumah, saya memulakan kerja2 membuat kek. kek ke dua pada hari ini! =D x sangka saya begitu rajin untuk menyiapkan kek tersebut.
Read or Post a Comment
<< Home