::diuji maka teruji:://Friday, June 29, 2007//7:14 PM
24 celcius..
ujian dan dugaan sering menimpa seseorang yang ingin mengubah diri daripada yang kurang baik kepada yang baik, yang baik kepada yang lebih baik, yang jauh dari Allah kepada dekat dengan Allah, yang sering mendiamkan diri kepada insan yang sering menasihati & menegur teman2 kepada kebaikan. mungkin usaha yang dilakukan belum cukup sempurna sehingga menyebabkan kita diuji dengan kata-kata kita. baru beberapa jam lepas saya menasihati seorang daripada sahabat yang baru sahaja saya kenal beberapa hari lepas. sungguh tidak disangka-sangka, beberapa minit lepas, saya diuji lagi. kenapa ye? stiap kali saya menasihati seseorang, serta merta saya diuji. sedih juga bila membaca kata2 yang ditujukan kepada saya.
tidak bermakna ingin menimbulkan perasaan tidak senang dengan sikap saya, jauh sekali membuat ada antara sahabat-sahabat saya terasa hati. namun, perubahan sikap saya adalah disebabkan ingin mengelakkan diri ini didatangi fitnah atau kata yang lebih tepat, diuji dengan masalah hati. sudah saya jelaskan di post yang terdahulu mengenai masalah hati. cukuplah sekali saya merasa kepedihan apabila berdepan dengan masalah hati. mungkin ada antara kita yang masih tidak memahami apa yang ingin saya maksudkan lantaran ayat yang saya susun tidak berada dalam situasi yang teratur. apapun, saya berharap sahabat-sahabat perjuangan saya tidak menaruh salah faham dengan apa yang saya lakukan. bukan sombong, jauh sekali lupa kawan, namun hanya sekadar menjaga diri daripada difitnah. batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat perlu dijaga.
~saya harap sangat sahabat-sahabat saya rajin nasihat saya.
::tadi jengok2 friendster kawan2 sekolah rendah. rindunya zaman sekolah rendah dulu. zaman tanpa masalah. zaman pergi sekolah untuk jumpa kawan. zaman belajar main-main. zaman belajar subjek2 senang. =) rindu sangat zaman tu. rindu kawan-kawan lama. rasa sebak lak tadi bila teringat kawan2 lama. masing2 dah ikut haluan masing2. apepon, semoga kita semua dianugerahkan hidayahNYA.. =)
::tengah2 baca tafsir tadi, sampai ayat terakhir Surah at-Tahrim. bila baca satu perkataan tu, teringat pada nasihat sahabat saya. sebak sgt2 bila teringat nasihat2 dia. terus dah tak mampu nak teruskan. fie kena tabah! (baik..!) alangkah bagusnya kalau saya betul2 tabah.. kn? erm.. sejak beberapa hari ni saya rasa tak bersemangat nak tambah hafalan. teruk kn? terasa berat untuk menghafal satu surah (start drpd 5 hizib akhir) setiap hari. (walaupon 4 hari je seminggu). sambil2 cari mood menghafal, saya baca tafsirannya. (cara tu lg sng utk ingat hafalan) surah at-Talaq & surah at-Tahrim banyak cerita pasal perempuan. =) rasa terhibur baca tafsir. ~semoga saya istiqamah.. doakan ye!
petikan ayat 7, Surah at-Talaq.. mafhumnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan (sekadar kemampuannya) yang diberikan Allah kepadanya. (orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
Read or Post a Comment
<< Home